Pages

Friday, 30 May 2014

Ayah, Seriouslah? - Bahagian V (Akhir)

Aminah bangun dari tidur dalam keadaan sedikit terkejut.

“Allahuakbar, dah 6.00 pagi”

Sudah 15 minit waktu subuh berlalu. Biasanya pada waktu pagi begini dia akan pastikan anak- anaknya bangun 30 minit sebelum subuh agar dia dan anak- anaknya bisa bertahajjud dahulu. Tapi hari ini dia terlewat sedikit untuk bangun.

Dalam keadaan masih ngantuk dan sedikit mamai itu, dia melihat telefon pintar Sony Xperia miliknya.

“Oh..” Terpapar nama ‘abang’ pada bahagian call log. 8 missed call daripada suaminya pada jam 4.00 pagi tadi.

“Amboi banyaknyee”

Dia sebelum apa- apa terus sahaja sentuh skrin telefon pintar nya pada nama suaminya, cuba untuk menghubunginya. Dua kali dia cuba berbuat demikian, tapi tak dapat. Mungkin tiada line agaknya di tengah- tengah highway, sangkanya.

Kemudian dia pantas bangun menuju ke bilik air, bersiap- siap untuk menunaikan tanggungjawab menunaikan solat fardhu subuh. Sesudah itu, dia pergi menuju ke bilik anak- anaknya untuk kejut mereka bangun.

Pada pagi yang tidak terlalu sejuk itu, cuaca di luar mendung. Biasanya pada musim kemarau ini agak sukar untuk melihat awan mendung sebegitu.  Tapi dengan izin Allah mereka dapat juga merasai nikmat itu, kalau ada rezeki, mungkin sahaja hujan akan turun membasahi bumi yang sudah lama tidak subur disirami rahmatnya itu.

Dalam kenikmatan itu, Aminah dan anak- anaknya solat berjemaah bersama- sama. Kesemua anak- anaknya berada di rumah (kecuali Saifuddin lah kan) sebab minggu ini semua anak- anaknya yang duduk asrama pulang diberi cuti oleh sekolah mereka. Solat mereka diimami oleh Soleh, anak kedua Aminah.

Usai itu, Aminah kemudiannya conduct bacaan mathurat. Habis tersengguk anak- anak kecilnya. Iyalah, biasanya waktu hujung minggu begini budak- budak sukalah untuk tidur lewat. Mana mungkin peluang sebegini bisa didapati pada hari- hari persekolahan biasa, ohhoi.

Kemudian, tak cukup dengan itu, Aminah ‘seksa’ lagi mereka dengan beri tazkirah pula. Di pagi cuti ini, memang seronok bagi Aminah panjangkan masa luangkan waktu bersama anak- anaknya sebab dia tahu kejap lagi anak- anak mereka pasti sahaja sibuk dengan gajet laptop bagai. Takpun pasti masa free yang banyak itu akan dihabiskan untuk tidur sepanjang hari. Sebab itu pasti ada sahaja aktiviti yang dirancang oleh Aminah buat anak- anaknya .

Kadang- kadang dia akan bawa anaknya pergi shopping di tengah bandar. Bukan shopping sangat sebenarnya, pergi jenguk-jenguk barang macam itulah, disamping dapat memastikan waktu anak- anaknya tidak dihabiskan dengan perkara yang tak bermanfaat, dia pun dapatlah tengok sekali tengok beg-beg kulit ataupun kasut- kasut yang berjenama yang tengah sale. EH

Dia juga suka untuk membawa anaknya pergi mandi kolam, jalan- jalan tepi pantai dan sebagainya.  Apa sahajalah aktiviti, asalkan mampu mengeratkan lagi hubungan dengan anak- anaknya.

Dalam ketekunan Aminah menyampaikan tazkirah santai buat anak- anaknya itu, dia mendapat panggilan telefon. Segera dia mencapai telefon pintarnya. Besar tertera nama ‘abang’ pada skrin. Dengan penuh keterujaan dia mengangkat dengan men’slide’ jarinya pada skrin dari kiri ke kanan.

“Haa waalaikumussalam, ye abang apa dia?” Tersenyum sahaja Aminah. Iya lah, tadi call tak dapat kan.

15 saat kemudian, tiba- tiba Aminah bertukar reaksi. Gelabah. Muka dia tak terdapat lagi wajah kegembiraan. Air mata keluar perlahan mengalir ke pipi. Pantas sahaja semua itu berlaku.

“Ya Allahhh.......!” Dia separa menjerit. Kuat jugak sebenarnya.

Segera dia bangun meninggalkan anak- anaknya dan mencapai laptop. Dia membuka laman web berita harian, dan dengan reaksi yang begitu terkejut, dia menangis semahu- mahunya. Walaupun belum sempat membaca keseluruhan isi berita itu.

...TAPAH: Dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 320 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini kira-kira jam 4.00  pagi tadi. Kejadian berlaku apabila sebuah lori dari arah Tapah menuju Ipoh hilang kawalan lalu terbabas melintang jalan menyebabkan sebuah Proton Saga dan sebuah lagi lori yang datang dari arah sama gagal mengelak lalu merempuh lori berkenaan. Mangsa, Azhar Mustaqim bin Aziz......

Pabila membaca itu, tangisannya semakin menjadi- jadi. Patutlah dia begitu berat membiarkan suaminya itu pergi menghantar anaknya itu. Rupa- rupanya ada sesuatu yang dirancang Allah mengatasi segala- galanya. Anak- anaknya yang lain turut menangisi pemergian ayah dan abang sulung mereka. Pemergian yang bukan sehari dua, bahkan buat selama- lamanya. Nyata hari itu, hari kesedihan buat mereka, ujian yang sangat hebat lebih- lebih lagi buat Aminah yang terpaksa menanggung anak- anaknya keseorangan.

Pantas sahaja dia mengimbau kenangan manis dan pahit bersama suami dan anak sulungnya itu. Gambar2 mereka ditatap kembali. Siapa sangka tiada tanda tiada apa, Allah bisa tarik begitu sahaja nyawa mereka. Kini tiada lagi dapat dia melihat senyuman ceria suaminya, tiada lagi dia mampu mendengar kata- kata girang anaknya. Yang pasti semua itu hanya tinggal kenangan dan memori yang takkan pernah dia lupa.

Jauh di lubuk hati Aminah, dia tahu suaminya sedang bahagia bersama anak sulungnya itu, dan pasti sahaja saat bertemu kembali dengan suaminya menjadi suatu idamannya hingga ke akhir hayatnya,

“Abang....tunggu saya ya...” Teresak- esak Aminah menangis.

***

Via Whatsapp.

Abang : Nanti cuti hujung minggu ni sai xyah beli tiket balik ke kolej lah ye, ayah akan bawak kamu.

Kenapa? Abang nak bawak sai ke mana? (sent)

Sai: Haah ayah nak bawak sai ke mana?

Abang : Haa, ayah nak bawak kamu ke..syurga =D =D

Lorh abang ni..(sent)

Sai: heh, ayah, seriouslah?



-Tamat-



Cerpen ini ditulis dengan penuh kesyahduan khas didedikasi buat rakan hingga ke syurga, Syed Ahmad Syakir bin Shakri, yang telah pergi menghadap ilahi beberapa minggu yang lalu akibat terlibat dalam satu kemalangan. Semoga dia dan ayahnya sedang bahagia berehat di sana. Pasti doa tidak akan putus dari kami. =')


2 comments:

rukhnuddin said...

Allah ammar...sedih gile..hebat enta mantop..teruslah menulis untuk ummah...;(

Ammar Hanapiah said...

mekasih kirr, bercampur baur habis tulis cerita ni. semoga dia tenang sahaja di syurga :'(