[kredit] |
Kali pertama saya mendengar negara yang bernama Costa Rica
adalah ketika FIFA World Cup 2006 Germany lebih kurang lapan tahun yang lepas.
Waktu itu team bola feveret saya sepanjang zaman sampai mati(eh) jerman,
membuka tirai piala dunia dengan menentang Costa Rica. Waktu itu tertanya-
tanya juga, Costa Rica? pasukan noob mana ni? Tak pernah dengar pon. Ok jahat.
Hmm, sampai situ sahajalah memori saya mengenai Costa Rica
sebelum ini. Sebab selepas itu, kedua- dua match dalam peringkat kumpulan
menentang Equador dan Poland, Costa Rica telahpun kalah. Jadi saya tak lagi
pandang kumpulan yang sebegini lemah. Tumpuan saya lebih terarah kepada
kumpulan yang lebih hebat seperti Argentina, Brazil, Spain dan sebagainyalah
kan. Maka, pulanglah mereka ke tanah air sebagai pasukan belasahan dengan
perasaan yang sangat hampa tanpa keputusan seri apatahlagi kemenangan. Hebat
punya struggle masa qualification dulu, cenggini je result yang mereka mampu
peroleh. Bai
Masa pon berlalu.
4 tahun kemudian, Costa Rica meneruskan zaman kesedihan
mereka dengan ketidaklayakan mereka untuk join piala dunia. Terpaksa lah mereka
duduk tercongok depan TV tengok team2 negara lain bertanding World Cup 2010 dalam
rumah dibawah naungan aircond. Lebih menyedihkan, mereka tak layak sebab tewas
pada perlawanan penentuan terakhir, yang mana kalau mereka berjaya menang pada
perlawanan itu, mereka dah boleh join piala dunia. Tapi itulah, orang kata apa,
wamakaru wamakarallah. Gittuuuh.
Masa pon berlalu lagi. Kali ini mereka tak biarkan masa
berlalu dengan begitu sahaja. Mereka training like a boss. Struggle siang
malam, jaga pemakanan, jaga kesihatan, pergi gym, diet, dan macam- macam.
Segalanya- galanya dengan harapan untuk layak join piala dunia. Dan akhirnya,
waktu peringkat kelayakan, mereka telah membuktikan bahawa usaha selama 4 tahun
tidak sia- sia apabila berjaya kembali menempatkan diri dalam tournament piala
dunia edisi 2014. Maka menjerit dan bersorak kesukaanlah mereka bersama- sama
jutaan penduduk negara Costa Rica meraikan kejayaan mereka layak menyertai
piala dunia. Yuhhuuu~
Namun orang kata, langit tak selalunya cerah, hidup tak
selalunya indah, kerana ujian hidup tak pernah mengalah, ewahh.
Costa Rica terpaksa mendepani ujian yang sangat- sangat
getir. Dalam edisi piala dunia kali ini, mereka ditempatkan dalam ‘kumpulan
maut’ menampilkan 3 lagi team yang sangat dahsyat kehebatannya iaitu England (ranking
10), Uruguay (ranking 7) dan jugak italy (ranking 9). Kesemua ketiga- tiga team
yang bakal ditempuh Costa Rica adalah merupakan antara top 10 dunia! Sudah. Penat2
mereka habis- habisan menggembleng tenaga untuk layak ke Piala Dunia, cenggini
pulak mereka terpaksa tempuh. Habislah, masak la mereka kena bantai. Ramailah yang
membuat spekulasi bahawa Costa Rica memang tak mampu lah nak bernafas dalam
edisi kali ni. Pergi balik je lah. *emoticon jelir lidah
Nak tak nak, mereka kena jugak berdepan dengan kumpulan maut
tersebut. Fuh.
Dengan muka yang penuh berkerut menandakan azam yang tinggi
dan semangat juang yang berkobar- kobar, mereka memulakan tirai pembukaan
perlawanan menentang Uruguay, team yang tak asing lagi yang dibarisi oleh
bintang2 dunia seperti Luis Suarez, Diego Forlan dan Cavani. Struggle punya
struggle punya struggle, akhirnya 90 minit yang mereka tempuhi itu menjadi menjadi
milik mereka, mereka berjaya mengatasi Uruguay 3-1, setelah bangkit mengganas
mejaringkan 3 gol apabila tersentak dibolosi 1 gol oleh Uruguay. Tahniah.
Tika itu, satu dunia terkejut melihat performance mereka. Sangat
memukau dan menakjubkan. Tumpuan sedikit terarah kepada mereka. Pengkritik2
yang sebelum ini giat memperlekeh team Costa Rica mulai tersentak melihat
kehebatan mereka mendominasi perlawanan. Haa tau pon.
Kemudian pada perlawanan kedua, mereka berdepan pula dengan
italy, team yang memenangi piala dunia edisi 2006 yang memang sangat sukar
untuk ditewaskan. Dengan berbekalkan moral yang agak tinggi setelah mengambil
semangat kemenangan menentang Uruguay tempoh hari, mereka sekali lagi berhempas
pulas mengatur strategi demi strategi dalam tempoh 90 minit itu. Dan nyata,
mereka sekali lagi mendominasi perlawanan dengan kemenangan 1-0! Tika itu, satu
dunia macam, “Like Seriously?!” terkejut dengan kemampuan mereka untuk menang.
Iya, menang menentang italy!
Dengan kemenangan itu, Costa Rica mendahului carta kumpulan
maut dengan gah berdiri diatas ketiga2 team top 10 dunia itu. Dan sekiranya mereka
tewas dalam perlawanan ketiga nanti sekalipun, mereka still layak untuk mara ke
peringkat seterusnya. Dalam persaingan yang penuh mencabar mengharungi kumpulan
maut ini, mereka berjaya membuktikan selemah-
lemah mana pun satu team itu, andai disertai dengan azam yang tinggi dan
semangat juang yang kental, tidak mustahil untuk menang menentang mana- mana pasukan
hebat sekalipun. Seolah- olah mereka ingin membuktikan bahawa FIFA world cup
merupakan medan untuk mereka tunjukkan prestasi dan performance mereka kepada
seluruh warga dunia. Tak gitu? Kasi senyap gitu pengkritik sembang kencang yang
pada awalnya begitu merendah2 kan team Costa Rica. Eh
***
Dan begitulah juga kisahnya dengan ramadhan. Andai kita
lihat dari satu sudut, apa yang dilalui oleh pasukan Costa Rica dalam misi
menghadapi piala dunia tidak ubah seperti kita dalam persediaan menghadapi
ramadhan.
Haa, bagaimana kaitannya? Begini.
Sebagai manusia, dosa kita seringkali bertambah hari demi
hari. Tak cukup setel dengan dosa ini, dosa itu pula kita buat. Sehinggakan kita
rasakan bahawa keampunan tuhan itu sudah terlalu jauh.
Tapi Allah itu baik. Maha dan terlalu baik. Melalui hadith
nabi ini Dia titipkan kasih sayang kepada kita :
“Barang siapa yang
berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan dengan mengharapkan redha-Nya,
maka diampunilah dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu.”
[HR. Bukhari,
an-Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan Ibnu Hibban]
Nah, bagaimana?
Selemah- lemah mana pun kita, sekerdil- kerdil mana pun
kita, setinggi- tinggi mana pun dosa kita, andai sebulan ramadhan kita tempuh
dengan penuh rasa kehambaan, dengan penuh keimanan dan taqwa, dengan
mengharapkan redhaNya semata, inshaAllah darjat kita akan dinaikkan oleh Allah
Taala dengan diampuni dosa2 kita yang telah lalu. Allahu, semoga!
Macam pasukan Costa Rica lah, masa sebelum FIFA, semua org
tak kenal pun, tapi dengan kesungguhan mereka, kini semua makhluk dunia
menititpkan pujian buat mereka.
Cam ye ye.
Sekian slamatt menyambut ramadhan. Yuhuu~
5 comments:
Hmmmp
costa rica lagi panjang dri ibrah. eheh
ok soriii. hilang thiqah.
Eheh
Ammar! Haha.
Betul ke costa rica bersungguh-sungguh? atau team lain yang tak bersungguh-sungguh?
Macam germany tuh. Haha.
bijok33....well said... nice ammar..;)
Afiq: ok fine costa rica ngan germany 2-2 bersungguh. semua bersungguh lah senang cerita. kita ni ha bersungguh ke tak dakwah T.T
Post a Comment