[kredit] |
-BISMILLAH-
Benarlah orang kata, dimensi menyeru dan dimensi beramal
itu, 2 perkara berbeza.
Disuatu ketika,
Aku melihat engkau berada di hadapan khalayak ramai. Engkau
menyampaikan ceramah motivasi dengan penuh keberanian dan kelantangan suara.
Satu per satu isi yang ingin diketengahkan engkau huraikan dengan detail.
Segala pengalaman hidup yang telah semat dalam benak fikiran, engkau kongsikan
bersama para hadirin yang hadir memenuhi dewan itu. Tidak kira lelaki, wanita,
remaja, kanak- kanak mahupun golongan yang agak berumur, semuanya memberi
perhatian kepada engkau.
Alhamdulillah, engkau punya kelebihan dalam berinteraksi
bersama orang lain sehinggakan hadirin kesemuanya bisa mengangguk kepala
tandanya faham akan apa yang engkau ingin sampaikan. Ditambah pula dengan
selingan humors yang engkau tonjolkan, dapat dikonklusikan bahawa penyampaian
ceramah motivasi yang engkau beri pada kali ini memang memberi kesan pada
semuanya.
Namun, disuatu sudut dimensi yang lain, di rumah, engkau
tidaklah sehebat seperti yang telah diucapkan oleh kata- kata engkau tatkala
menyampaikan ceramah motivasi itu. Engkau terkadang berasa sangat malas untuk
membasuh pinggan selepas makan lantas menyuruh ahli rumah yang lain untuk
tolong basuhkan. Engkau juga terkadang rasa berat untuk menyapu membersihkan
halaman bilik yang lama sudah berhabuk itu lantaran terlalu sibuk dengan persediaan
ceramah motivasi yang bertimbun itu. Tidak kurang juga engkau kadang
melengah-lengahkan tugasan yang dipertanggungjawabkan ke atas engkau, atas
alasan yang pelbagai. Seolah- olah, tidak synchronize apa yang engkau ucapkan
dan apa yang engkau amalkan.
Betullah orang kata, dimensi seruan dan dimensi amal itu, 2
perkara berbeza kan?
Disuatu masa yang lain pula,
Aku melihat engkau rancak menyampaikan daurah. Di hadapan
lebih kurang 50 orang itu, engkau kelihatan begitu bertenaga. Segala ayat Al-
Quran yang berkaitan dengan tajuk daurah tidak pernah satu pun engkau lupa.
Slideshow slideshow yang menarik telah engkau design bagi memastikan audiens
yang mendengar dapat memahami sebenar- benarnya apa yang ingin disampaikan.
Engkau juga lancar sahaja menjawab persoalan- persoalan yang diutarakan oleh
audiens. Kata- kata yang keluar dari mulut engkau itu begitu basah sehingga
mampu membangkitkan ruh yang lena, mengejutkan hati yang kering!
Tatkala sesi LDK (Latihan Dalam Kumpulan) tiba, engkau
santuni seberapa banyak audiens untuk menerangkan dengan lebih terperinci.
Senang cerita, kalau ada pertandingan siapa muwajjih terbaik abad ini, engkau
bisa dicalonkan untuk menjadi pemenangnya. Ewah kau!
Namun, disuatu sudut dimensi yang lain, terkadang engkau
begitu liat untuk menolak selimut agar engkau bisa bersegera menuju ke masjid
untuk solat subuh. Entah berapa kali alarm yang engkau letakkan disebelah
telinga itu berbunyi, namun langsung ianya tidak memberi kesan. Juga, engkau
terkadang begitu berat untuk pergi ke kuliah. Engkau lebih prefer untuk membaca
buku di rumah sahaja berbanding pergi ke kelas. Aduhaai engkau oh engkau.
Betullah orang kata, dimensi seruan dan dimensi amal itu, 2
perkara berbeza bukan?
Tidak lama kemudian,
Aku melihat engkau begitu gigih mengupdate status menyeru
orang kearah kebaikan(baca: Amar Ma’ruf) di facebook dan twitter. Boleh
dikatakan setiap hari sekurang-kurangnya dua kali engkau update status yang
ringkas tetapi begitu menusuk hati(baca: Sentapp). Saban hari, ramai yang
menghantar request untuk ber’kawan’ dengan engkau kerana begitu terkesan dengan
kata- kata engkau. Disebabkan itu, semakin banyak like yang engkau terima.
Begitu juga dengan share.
Tidak cukup dengan itu, engkau luaskan empayar dakwah dengan
membuka akaun Instagram pula. Engkau post2 gambar2 yang santai dan menarik
tetapi cukup membawa hikmah yang besar. Alhamdulillah, engkau menerima banyak
sokongan dari pelbagai pihak. Segala puji hanya layak dituju pada Allah Taala.
Namun, disuatu sudut dimensi yang lain, terkadang apabila
azan dikumandangkan engkau masih sempat menghabiskan sedikit masa dihadapan
laptop engkau. Didalam masjid juga terkadang engkau sempat lagi mengakses
facebook dan twitter menggunakan smartfon engkau itu untuk menscroll
update-update yang sebenarnya langsung tidak memberi faedah kepada engkau.
Lebih baik engkau berzikir ataupun mengaji Quran yang jauh lebih bermanfaat
daripada engkau asyik online facebook itu. Nyata, engkau telah menghabiskan
begitu banyak masa dihadapan laptop dan juga smartfon engkau. Mungkin ada
kebaikannya, namun kelihatannya keburukan lebih banyak mendominasi. Adeh.
Betullah orang kata, dimensi seruan dan dimensi amal itu, 2
perkara berbeza bukan?
Selepas itu,
Aku melihat engkau bersungguh menulis di blog. Engkau begitu
istiqamah menyusun jadual agar engkau dapat post mengikut waktu dengan
konsisten. Blog itu engkau design dengan sungguh menarik dan pasti sahaja bisa
menambat hati bagi sesiapa yang melihatnya. Bahasa yang engkau gunakan pula
sangat mudah untuk difahami, santai gituh.
Engkau juga suka menvariasikan post. Ada post engkau
berunsurkan cerita para sahabat, cerita yang engkau reka sendiri, puisi yang
begitu menggugah jiwa, juga pengalaman- pengalaman sepanjang hidup engkau.
Semuanya best. Semuanya membasahkan. Dan Alhamdulillah, pengunjung blog engkau
sangat ramai sehinggakan sekiranya engkau membuka tawaran untuk mengiklankan
produk di blog engkau itu, pasti ramai giler yang akan berpusu-pusu menempah
slot untuk iklan lantaran begitu banyak orang yang singgah melawat blog engkau
itu.
Namun, disuatu sudut dimensi yang lain, terkadang engkau
terscroll laman web kelab bola yang engkau begitu minat, ape tuh? Chelsea?
Engkau menghabiskan begitu lama masa melihat result2 terbaru kelab. Juga video2
highlight, status2 pemain bola dan gossip2 berkaitan bola. Engkau juga
terkadang melawat blog- blog yang langsung tak memberi manfaat pada engkau. Ape
tuh? 9GAG? Nyata tangan engkau terkadang begitu gatal untuk menklik semua benda
itu. Hmmhhhhhh. Sedih, engkau kesal aku juga kesal.
Betullah orang kata, dimensi seruan dan dimensi amal itu, 2
perkara berbeza bukan?
Bukan, bukan. Aku bukannya hendak mematahkan semangat
engkau. Apatah lagi menyuruh engkau duduk diam berhenti terus dalam medan
dakwah yang engkau ceburi itu.Tapi sejujurnya, aku begitu bangga dapat mengenali engkau.
Engkau yang sangat bersemangat memberi kata motivasi kepada
manusia agar kembali hidup bertuhan.
Engkau yang sangat gigih memberi pengisian daurah agar
manusia kembali sedar akan tujuan hidup dan peranan mereka di atas muka bumi
ini.
Engkau yang tak kenal erti penat lelah mengupdate status di
laman facebook, twitter dan juga Instagram dalam usaha menyentuh hati manusia
dengan sentuhan tarbiyyah yang begitu menyedarkan masyarakat.
Dan engkau yang konsisten dan istiqamah menulis di blog supaya manusia dapat berubah, berubah ke arah redha Allah.
Cumanya aku berharap agar engkau sedar bahawa medan berdakwah dan medan beramal itu adalah suatu perkara yang sangat berbeda. Hakikatnya, kita akan sentiasa diuji dengan dengan kedua-dua medan ini. Sayang seribu kali sayang sekiranya kita tidak mampu menjaga salah satu daripadanya, kerana engkau begitu berharga.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. [As-Saff: 2-3]
6 comments:
Sungguh syurga itu luas brader..
Surah as-saf:2-3
:))
Perlu diakui.
Ini membuatkan eden terdiam dan menangis.
T.T
Perlu diakui.
Ini membuatkan eden terdiam dan menangis.
T.T
Adam: Yup betul2
Afiq: Alhamdulillah. Hakikatnya ana tulis utk diri ana dahulu.
Hakikatnya pnulisan anta byk mmberi ksdaran kpd ana..bahkan diri anta sndiri..qudwah yg anta tnjukkan...moga trus tsabat..
Ameen InshaAllah. Terharu
Post a Comment