Pages

Tuesday 18 February 2014

2 Dimensi

[kredit]


-BISMILLAH-

Benarlah orang kata, dimensi menyeru dan dimensi beramal itu, 2 perkara berbeza.

Disuatu ketika,

Aku melihat engkau berada di hadapan khalayak ramai. Engkau menyampaikan ceramah motivasi dengan penuh keberanian dan kelantangan suara. Satu per satu isi yang ingin diketengahkan engkau huraikan dengan detail. Segala pengalaman hidup yang telah semat dalam benak fikiran, engkau kongsikan bersama para hadirin yang hadir memenuhi dewan itu. Tidak kira lelaki, wanita, remaja, kanak- kanak mahupun golongan yang agak berumur, semuanya memberi perhatian kepada engkau.


Alhamdulillah, engkau punya kelebihan dalam berinteraksi bersama orang lain sehinggakan hadirin kesemuanya bisa mengangguk kepala tandanya faham akan apa yang engkau ingin sampaikan. Ditambah pula dengan selingan humors yang engkau tonjolkan, dapat dikonklusikan bahawa penyampaian ceramah motivasi yang engkau beri pada kali ini memang memberi kesan pada semuanya.

Namun, disuatu sudut dimensi yang lain, di rumah, engkau tidaklah sehebat seperti yang telah diucapkan oleh kata- kata engkau tatkala menyampaikan ceramah motivasi itu. Engkau terkadang berasa sangat malas untuk membasuh pinggan selepas makan lantas menyuruh ahli rumah yang lain untuk tolong basuhkan. Engkau juga terkadang rasa berat untuk menyapu membersihkan halaman bilik yang lama sudah berhabuk itu lantaran terlalu sibuk dengan persediaan ceramah motivasi yang bertimbun itu. Tidak kurang juga engkau kadang melengah-lengahkan tugasan yang dipertanggungjawabkan ke atas engkau, atas alasan yang pelbagai. Seolah- olah, tidak synchronize apa yang engkau ucapkan dan apa yang engkau amalkan.

Betullah orang kata, dimensi seruan dan dimensi amal itu, 2 perkara berbeza kan?

Disuatu masa yang lain pula,

Aku melihat engkau rancak menyampaikan daurah. Di hadapan lebih kurang 50 orang itu, engkau kelihatan begitu bertenaga. Segala ayat Al- Quran yang berkaitan dengan tajuk daurah tidak pernah satu pun engkau lupa. Slideshow slideshow yang menarik telah engkau design bagi memastikan audiens yang mendengar dapat memahami sebenar- benarnya apa yang ingin disampaikan. Engkau juga lancar sahaja menjawab persoalan- persoalan yang diutarakan oleh audiens. Kata- kata yang keluar dari mulut engkau itu begitu basah sehingga mampu membangkitkan ruh yang lena, mengejutkan hati yang kering!

Tatkala sesi LDK (Latihan Dalam Kumpulan) tiba, engkau santuni seberapa banyak audiens untuk menerangkan dengan lebih terperinci. Senang cerita, kalau ada pertandingan siapa muwajjih terbaik abad ini, engkau bisa dicalonkan untuk menjadi pemenangnya. Ewah kau!

Namun, disuatu sudut dimensi yang lain, terkadang engkau begitu liat untuk menolak selimut agar engkau bisa bersegera menuju ke masjid untuk solat subuh. Entah berapa kali alarm yang engkau letakkan disebelah telinga itu berbunyi, namun langsung ianya tidak memberi kesan. Juga, engkau terkadang begitu berat untuk pergi ke kuliah. Engkau lebih prefer untuk membaca buku di rumah sahaja berbanding pergi ke kelas. Aduhaai engkau oh engkau.

Betullah orang kata, dimensi seruan dan dimensi amal itu, 2 perkara berbeza bukan?

Tidak lama kemudian,

Aku melihat engkau begitu gigih mengupdate status menyeru orang kearah kebaikan(baca: Amar Ma’ruf) di facebook dan twitter. Boleh dikatakan setiap hari sekurang-kurangnya dua kali engkau update status yang ringkas tetapi begitu menusuk hati(baca: Sentapp). Saban hari, ramai yang menghantar request untuk ber’kawan’ dengan engkau kerana begitu terkesan dengan kata- kata engkau. Disebabkan itu, semakin banyak like yang engkau terima. Begitu juga dengan share.

Tidak cukup dengan itu, engkau luaskan empayar dakwah dengan membuka akaun Instagram pula. Engkau post2 gambar2 yang santai dan menarik tetapi cukup membawa hikmah yang besar. Alhamdulillah, engkau menerima banyak sokongan dari pelbagai pihak. Segala puji hanya layak dituju pada Allah Taala.

Namun, disuatu sudut dimensi yang lain, terkadang apabila azan dikumandangkan engkau masih sempat menghabiskan sedikit masa dihadapan laptop engkau. Didalam masjid juga terkadang engkau sempat lagi mengakses facebook dan twitter menggunakan smartfon engkau itu untuk menscroll update-update yang sebenarnya langsung tidak memberi faedah kepada engkau. Lebih baik engkau berzikir ataupun mengaji Quran yang jauh lebih bermanfaat daripada engkau asyik online facebook itu. Nyata, engkau telah menghabiskan begitu banyak masa dihadapan laptop dan juga smartfon engkau. Mungkin ada kebaikannya, namun kelihatannya keburukan lebih banyak mendominasi. Adeh.

Betullah orang kata, dimensi seruan dan dimensi amal itu, 2 perkara berbeza bukan?

Selepas itu,

Aku melihat engkau bersungguh menulis di blog. Engkau begitu istiqamah menyusun jadual agar engkau dapat post mengikut waktu dengan konsisten. Blog itu engkau design dengan sungguh menarik dan pasti sahaja bisa menambat hati bagi sesiapa yang melihatnya. Bahasa yang engkau gunakan pula sangat mudah untuk difahami, santai gituh.

Engkau juga suka menvariasikan post. Ada post engkau berunsurkan cerita para sahabat, cerita yang engkau reka sendiri, puisi yang begitu menggugah jiwa, juga pengalaman- pengalaman sepanjang hidup engkau. Semuanya best. Semuanya membasahkan. Dan Alhamdulillah, pengunjung blog engkau sangat ramai sehinggakan sekiranya engkau membuka tawaran untuk mengiklankan produk di blog engkau itu, pasti ramai giler yang akan berpusu-pusu menempah slot untuk iklan lantaran begitu banyak orang yang singgah melawat blog engkau itu.

Namun, disuatu sudut dimensi yang lain, terkadang engkau terscroll laman web kelab bola yang engkau begitu minat, ape tuh? Chelsea? Engkau menghabiskan begitu lama masa melihat result2 terbaru kelab. Juga video2 highlight, status2 pemain bola dan gossip2 berkaitan bola. Engkau juga terkadang melawat blog- blog yang langsung tak memberi manfaat pada engkau. Ape tuh? 9GAG? Nyata tangan engkau terkadang begitu gatal untuk menklik semua benda itu. Hmmhhhhhh. Sedih, engkau kesal aku juga kesal.

Betullah orang kata, dimensi seruan dan dimensi amal itu, 2 perkara berbeza bukan?

Bukan, bukan. Aku bukannya hendak mematahkan semangat engkau. Apatah lagi menyuruh engkau duduk diam berhenti terus dalam medan dakwah yang engkau ceburi itu.Tapi sejujurnya, aku begitu bangga dapat mengenali engkau.

Engkau yang sangat bersemangat memberi kata motivasi kepada manusia agar kembali hidup bertuhan.

Engkau yang sangat gigih memberi pengisian daurah agar manusia kembali sedar akan tujuan hidup dan peranan mereka di atas muka bumi ini.

Engkau yang tak kenal erti penat lelah mengupdate status di laman facebook, twitter dan juga Instagram dalam usaha menyentuh hati manusia dengan sentuhan tarbiyyah yang begitu menyedarkan masyarakat.

Dan engkau yang konsisten dan istiqamah menulis di blog supaya manusia dapat berubah, berubah ke arah redha Allah.

Cumanya aku berharap agar engkau sedar bahawa medan berdakwah dan medan beramal itu adalah suatu perkara yang sangat berbeda. Hakikatnya, kita akan sentiasa diuji dengan dengan kedua-dua medan ini. Sayang seribu kali sayang sekiranya kita tidak mampu menjaga salah satu daripadanya, kerana engkau begitu berharga. 



Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. [As-Saff: 2-3]




6 comments:

Adam said...

Sungguh syurga itu luas brader..
Surah as-saf:2-3
:))

Akhi. said...

Perlu diakui.

Ini membuatkan eden terdiam dan menangis.
T.T

Akhi. said...

Perlu diakui.

Ini membuatkan eden terdiam dan menangis.
T.T

Ammar Hanapiah said...

Adam: Yup betul2
Afiq: Alhamdulillah. Hakikatnya ana tulis utk diri ana dahulu.

Anonymous said...

Hakikatnya pnulisan anta byk mmberi ksdaran kpd ana..bahkan diri anta sndiri..qudwah yg anta tnjukkan...moga trus tsabat..

Ammar Hanapiah said...

Ameen InshaAllah. Terharu