Friday, 27 June 2014

Last Minute

[Kredit]


Tika jari jemari ini menaip di atas keyboard, hanya tinggal kurang 24 jam sahaja lagi sya’ban akan melabuhkan tirainya. Ini sekaligus bermakna ramadhan akan mengambil alih tempat pula untuk bertemu dengan kita, inshaAllah. Sekejap je kan masa berlalu? Sangat bercampur baur perasaan sejujurnya. Seronok, sedih, teruja, insaf, berdebar- debar, takut, cuak, semuanyaa.

Yang pastinya kedatangan ramadhan telahpun memberikan impak yang sangat2 besar kepada kita sehinggakan semenjak bulan rejab lagi, kita sudah prepare dengan segala macam persediaan. Tak begitu?

Namun begitu, siapa kita untuk menjamin diterima menjadi tetamu diwaktu ramadhan nanti kan? Makanya, andai Allah pilih lagi kita untuk menikmati bulan ramadhan nanti, sama2 lah kita sambutnya dengan penuh kesyukuran dan rendah diri serta pengharapan yang tinggi, agar Allah bersihkan hati kita dari segala kotoran jahiliyah dan mengisinya dengan nilai- nilai ketaqwaan.

Pada last- last minute begini, suka untuk saya berpesan pada diri saya sendiri dan juga bagi pihak saudara supaya gunakan masa yang berbaki ini supaya kita memuhasabah kembali 11 bulan yang telah berlalu semenjak ramadhan yang lepas. Alangkah indahnya andai hari terakhir ini kita flashback satu persatu detik2 yang berlalu, kita fikir apa kurangnya kita, kita lihat apa lagi yang perlu diperbaiki.

Qiam kita yang entah menghilang kemana semenjak ramadhan lepas.

Tilawah Al- Quran yang ikut suka kita nak baca bila- bila.

Solat sunat yang terumbang ambing ikut mood kita.

Nikmat khusyu'nya solat yang mungkin semakin pudar hari demi hari.

Kita baiki. Kita perbaharui. Sememangnya, bulan ramadhan itu Allah hadirkan untuk memberi peluang kepada kita untuk berubah ke arah tahap istiqamah yang lebih tinggi. Kerana pada akhirnya, misi dan objektif puasa di bulan ramadhan itu adalah menggapai darjat ketaqwaan disisinya. Maka beruntunglah bagi sesiapa yang mampu meraihnya! Tak nak ke kita?

Makanya, sebagaimana para sahabat mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain apabila tibanya ramadhan, ucapkanlah selamat tinggal buat segala karat- karat jahiliyah yang melekat pada hati kita selama ini. Semoga, perlahan- perlahan kita bergerak menjauhi jahiliyah dan dosa itu, Allah kurniakan kekuatan buat kita untuk meninggalkannya buat selama- lamanya dan jadikan amal- amal kebaikan sebagai pengganti.

Akhir kalam, manfaatkanlah masa- masa terakhir begini untuk kita bersiap siaga sehabis mungkin bagi menghadapi ramadhan nanti. Pasanglah azam, tekadkan semangat, kuatkan jitu, agar ramadhan ini kali ini kita all out sehabis mungkin. Mana tahu, ramadhan ini ramadhan terakhir kita? Siapa yang dapat jangka kan?

Ramadhan kareem. Allahumma ballighna!


P/s: Allahu rasa macam nak nangis tulis post kali ini. Terharu semacam. Semoga Allah beri kekuatan!

2 comments:

S said...

Teringat Ramadhan tahun lepas. Allahu.

pencinta ilahi said...

Bile nak sambung baleknyer tulis blog mih.. Rindu nak dapat Tarbiyah daripada enta nih.. ^_^