*diskleimer, nama yang digunakan untuk watak dalam cerita tiada kaitan antara hidup dan mati. sekiranya ada, maka itu hanya kebetulan semata. kenyit mata.
-BISMILLAH-
Jari jemari Hafiz laju sahaja menari pada keyboard. Matanya
fokus pada setiap bait patah kata yang ditaip . Tetap, tegap, dia duduk atas
kerusinya. Sambil ditemani secawan kopi mocha expresso, dia mengambil buku
Dakwah Fardiah karangan Mustafa Masyhur sebagai rujukan. Juga buku Bagaimana
menyentuh hati karangan Abbas As-sisi sebagai penambah perisa.
Waktu itu sudah pun menunjukkan 11.30 malam, dah dia masih
belum tidur lagi. Sebentar tadi dia baru pulang dari liqa(perjumpaan) bersama
rakan usrahnya, tidak jauh dari kediamannya.