Pages

Friday, 14 March 2014

Geleng Kepala


Tidak sampai seminggu selepas insiden misteri kehilangan pesawat MH370 hilang dan masih lagi tidak dapat dikesan (sehingga waktu artikel ini ditulis) yang membawa kepada kejutan dan menjadi fenomena diseluruh media antarabangsa bukan setakat di Malaysia sahaja, Negara kita Malaysia sekali lagi menjadi tarikan dunia sesuai dengan tahun lawat Malaysia 2014 apabila hadir sekumpulan bomoh yang membuat pelbagai ramalan dan wasilah untuk mengesan balik keberadaan pesawat itu. Pengsan.


Sejujurnya, saya berasa sangat annoying dengan apa yang telah dibuat oleh mereka. Dan saya pasti bukan saya seorang sahaja yang berasa sedemikian. Kan? Iyalah, tak cukup dengan ‘first try’ mereka buat hari itu menggunakan bubu(ke panggil ape ntah, bubu kan?), selepas itu mereka tampil pula dengan kaedah baru, sampan. Ya sampan. Aduh, geleng kepala. Lepas ni agak2 apa lah pulak. Masih geleng kepala.

Dan situasi menjadi lebih getir apabila kes itu diperbesar2 kan oleh media dan dijadikkan modal troll oleh masyarakat umum yang sememangnya sinonim dengan pelbagai idea yang kreatif belaka. Tidak cukup dengan troll di facebook, twitter dan Instagram, pelbagai jenis video turut diupload ke youtube menyebabkan berita ini begitu pantas disebarkan ke seluruh dunia. Iya, seluruh dunia, bukan seluruh penduduk kampung Mak Jah oiyhh~ Adoila.

Akibatnya, ramai student Malaysia yang belajar di oversea terpaksa menanggung malu yang teramat apabila diperli dengan teroponglah, sampan, kapallah, bakul dan sebagainya oleh masyarakat dari luar Negara. Lebih pedih lagi, apabila ada yang mempertikaikan ke’islam’an masyarakat islam di Malaysia. Bukan setakat student oversea sebenarnya, masyarakat muslim yang berada dalam Negara juga turut menerima tempias yang sama apabila mereka menerima soalan- soalan yang terus memprovok dan menekan kita,

“Korang punya ajaran islam memang boleh eh guna bomoh itu semua?”

“Masyarakat muslim Malaysia aku tengok macam hidup dalam kehidupan imaginasi, tidak berpijak di bumi yang nyata!”

“Coconut, coconut is everywhere, haha. Banyak eh stok kelapa korang *gelak keji”

“Kami tak tahu pulak ada function lain teropong selain dapat tengok objek dari jarak jauh, heh”

“Malaysia guna sihir! Dan sihir adalah haram sama sekali!”

“Kalau macam inilah islam yang korang tunjukkan, malas rasanya aku nak masuk islam”

*Okay yang last skali tu paling headshot.

Mungkin inilah antara persepsi yang bermain pada minda masyarakat diluar Negara sana. Betapa mereka seakan melihat kita sedang ‘bersetuju’ dengan perbuatan bomoh- bomoh itu. Malu, malu tak tahu nak letak muka kat mana.

Orang kata apa, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. adoii. Geleng -geleng dan terus geleng kepala.

Begitulah, hanya kerana golongan yang kecil ini, impak nya sangat besar pada Negara kita terchenta. Sehinggakan isu bomoh ini terpaksa dibawa untuk dibincangkan pada sidang parlimen. Sehinggakan Ketua Pembangkang mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa dalam mengurus isu ini, sehinggakan bomoh2 itu disuruh untuk disiat oleh jabatan agama.

Kerana apa, kerana kita malu untuk mendengar lagi perlian-perlian dan herdikan- herdikan dari masyarakat diluar Negara sana. Lebih- lebih lagi herdikan dari masyarakat muslim sendiri.

Ok cukuplah saya ceritakan sampai disini sahaja, tak tertanggung saya.

Cumanya, apa yang ingin saya dibawakan disini adalah, dalam kehidupan seharian kita, kita pasti tak terlepas daripada menjadi cerminan kepada diri kita. Dalam erti kata lain, kita menjadi qudwah atas apa yang kita bawa dimana orang lain akan lihat apa yang kita bawa berdasarkan apa yang kita telah tunjukkan. Ok berbelit sikit.

Macam ni,

Sebagai contoh, seorang doctor begitu menekankan aspek penjagaan badan terhadap pesakitnya, nak2 dimusim kemarau dan jerebu yang mengunjung tiba. Disuruhnya pesakit itu memakai topeng mulut bagi memastikan paru- paru dalam badan tak menerima udara kotor. Kalau tak pakai topeng, kene marah! Tup tap tup tap, last2 si pesakit tadi Nampak doctor itu sedang rilek je hisap rokok sambil cicah air kopi. Eh. Mana tak bengang si pesakit tadi.

Begitu juga apabila lecturer semangat sambil marah2 suruh student dia off henset ataupun silentkan, tapi tiba2 bunyi henpon si lecturer ni plak bunyi habes bergema satu dewan kuliah, apa reaksi student pada lecturer tersebut, pasti marah bukan?

Begitulah dengan apa yang berlaku di Negara kita, Malaysia. Masyarakat umum di seluruh dunia semuanya mengetahui bahawa Malaysia merupakan antara Negara yang paling mengamalkan system islam(kot), dan tambahan lagi majoriti masyarakat Malaysia adalah dari kalangan Muslim(baca: M besar).

Jadi, apabila berlaku sesuatu perkara yang sedikit luar jangkaan dari kerangka islam, seperti kes bomoh itu, masyarakat dunia akan terus mengkritik dan mempertikaikan islam yang berada di Malaysia ini. Bagaimana mungkin sebuah Negara Islam masih boleh mengamalkan kepercayaan khurafat sebegitu. Mungkin itulah yang terbayang pada masyarakat luar Negara sana.

Ya, kita dipandang, kita dinilai, kita diperhati. Cuba bayangkan ada Negara bukan islam yang turut mengamalkan bomoh dan benda2 tahyul khurafat bagai, pasti tidak akan ada orang yang kisah bukan? Sebab ajaran agama mereka tidak melarang mereka berbuat demikian.

Tapi kita merupakan Negara islam, dan orang tahu apa mende tahyul khurafat itu bertentangan dengan Islam. Maka kita akan dipandang. Semua akan menilai kita. Tidak kira muslim ataupun bukan muslim.

Dan konsep inilah sepatutnya kita pegang dalam kehidupan seharian kita, betapa kita dinilai oleh masyarakat.

Sebagai seorang student kos agama lepasan timur tengah, orang akan expect kita membawa pengislahan kepada masyarakat. Jadi, tidak boleh tidak, kita perlu lah mendalami dan memahami ilmu agama sebanyak mungkin. Agar bisa di manfaatkan buat masyarakat. Masyarakat takkan expect seorang graduan University Oxford yang akan menjadi imam dan sebagainya.

Sebagai seorang student medic, orang akan expect kita akan merawat dan mencari jalan penyelesaian kepada segala masalah yang ada pada pesakit. Salah tindakan sedikit, kita akan dipersalahkan. Jadi, tidak boleh tidak, kita perlulah master btol2 segala teori2 dalam ilmu perubatan, agar bisa benar- benar diaplikasikan usai berkerja sebagai doktor nanti.

Dan sebagai seorang da’ie, orang akan expect kita akan tunjukkan qudwah, orang akan melihat dan menilai segala gerak geri kita, orang akan tengok sejauh mana kita amalkan apa yang telah kita seru dan sampaikan. Makanya, adalah menjadi sesuatu yang berat dan dahsyat bagi seorang daie untuk menunjukkan qudwah yang sebenar- benar. Kita, tidak boleh tidak haruslah tunjukkan contoh tauladan yang baik kepada masyarakat, tidak menimbulkan fitnah dan kekeliruan, matang dalam mengambil apa jua tindakan, dan sebagainya. Agar, masyarakat mengerti apakah erti sebenar Rahmatan lil a’lamin itu. Juga agar, masyarakat faham akan kepentingan menegakkan kalimah “LaailahaillAllah”







No comments: