[kredit] |
-BISMILLAH-
Disuatu pelusuk tempat di cairo, di sebuah rumah, dari jauh
kelihatan seakan-akan ada cahaya yang menerangi. Oh, bukan. Bukan cahaya lampu spotlight,
tapi itulah cahaya majlis ilmu yang dikatakan umpama satu daripada taman- taman
syurga itu.
Di situ, di dalam rumah itu, kelihatan pemuda- pemuda yang sangat
dahagakan ilmu, hati mereka bersih, jiwa mereka tulus, semuanya demi ilmu.
Nyata mereka benar-benar mengimani seruan tuhan agar benar-benar bersungguh
dalam menuntut ilmu, serta mentatbiqkan dalam kehidupan seharian. Dan mereka
dipimpin oleh seorang lelaki yang cukup dihormati oleh mereka.
Lelaki tua itu bernama Syeikh Yusuf ad-Dajwi. Seorang
penulis, seorang ulama’, seorang fuqaha’. Di tempat tinggalnya, di Kaherah,
beliau sentiasa dikerumuni oleh para Alim ulama’ untuk berbincang mengenai
persoalan agama islam. Dan hari itu beliau dikerumuni lagi oleh pemuda-pemuda
alim yang dahagakan ilmu.
Maka, tatkala itu, ada seorang pemuda yang datang menziarahi
Syeikh Yusuf ad-Dajwi, ingin menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin bagi
menzahirkan persoalan yang ada dalam
hatinya. Pemuda itu bernama Hassan. Hassan Al-Banna. Muda lagi dia waktu itu,
belasan tahun.
Di awal perbincangannya bersama Syeikh Yusuf ad-Dajwi,
beliau menceritakan keadaan dan perubahan yang sedang melanda Negara Mesir kepada
Syeikh Dajwi dan para hadirin yang lain. Bagaimana cara hidup muslim yang majoriti
di mesir sangat tersasar dari dasar yang telah ditetapkan agama islam itu
sendiri.
Hal ini bertambah parah apabila setelah jatuhnya sistem
khalifah, umat islam semakin berpecah, semakin tidak kuat berpegang pada
prinsip agama. Jahiliyah dan kuffar semakin menular sehinggakan tampuk
kepimpinan kerajaan Mesir sendiri dipegang oleh bukan ahlinya. Akhirnya,
masyarakat mesir sudah tidak faham akan hakikat sebenar tujuan kehidupan.
Lalu, Syeikh Yusuf ad-Dajwi pun menampakkan kesedihannya dan
memberi pandangannya mengenai perkara tersebut. Dia juga menyebut akibat yang
bakal berlaku. Dia menyentuh mengenai kelemahan golongan islam untuk menghadapi
gejala buruk itu dan menceritakan kelemahan Al-Azhar untuk menentang ancaman
baru itu.
Turut disentuh oleh beliau adalah mengenai Persatuan Nahdatul
Islam, iaitu satu pertubuhan yang diasaskan oleh beliau sendiri dengan bantuan
beberapa ulama’ terkenal. Usaha-usaha pertubuhan, nyata semuanya terbukti tidak
berhasil, menemui jalan buntu.
Beliau juga menceritakan usaha Al-Azhar dalam menentang para
pendakyah agama Kristian dan Atheis. Disentuhnya juga mengenai Persidangan Agama-agama
yang diadakan di Jepun. Beliau telah menghantar majalah-majalah Islam ke
persidangan tersebut. Namun, juga tidak Berjaya membendung masalah yang melanda
ummat pada waktu itu.
Kesimpulan perbincangannya itu ialah untuk menunjukkan
bahawa setiap usaha telah menemui kegagalan. Dari awal usaha hingga ke akhirnya,
semuanya gagal. Menurut Syeikh Yusuf ad-Dajwi , dalam keadaan begini, sudah
memadai seseorang itu memelihara dirinya dengan menyelamatkan dirinya dari
zaman kebendaan yang tidak bertuhan itu.
“Teruslah usahamu saudara, Cubalah sebaik mungkin” Syeikh
Yusuf ad-Dajwi menasihati Imam Hasan Al- Banna.
Syeikh Yusuf ad-Dajwi menasihatinya supaya meneruskan usaha beliau
dengan cara yang sebaik mungkin dan serahlah hasil dan keputusannya kepada
Allah. Allah tidak akan membebankan seseorang dengan bebanan yang di luar
kemampuannya. Itulah katanya.
Namun, apa reaksi Hasan Al- Banna? Hanya mengangguk lemah
sambil memejam mata buat muka seposen? Tidak, tidak sama sekali! Nyata beliau tidak
suka dengan penjelasan Syeikh Yusuf Ad-Dajwi itu. Dia rasa menyesal.
Terbayanglah olehnya kegagalan yang bakal berlaku. Jika setiap ulamak memberi
jawapan yang begitu, maka hasilnya nanti ialah kekecewaan dan kegagalan.
Kegagalan mengembalikan kegemilangan islam!
"Tuan, saya membangkang pendapat tuan itu. Pendapat itu
melambangkan azam yang lemah. Pendapat itu ialah satu alasan untuk mengelakkan
diri dari tanggungjawab. Tuan takutkan siapa? Adakah tuan takutkan Al-Azhar
atau kerajaan? Pencen tuan sudah mencukupi. Tuan boleh duduk di rumah dan
bekerja untuk Islam.
"Sesungguhnya, rakyat
bersama tuan. Hadapilah mereka. Mereka itu merupakan rakyat Islam. Saya melihat
mereka di kedai-kedai kopi, di masjid-masjid, di jalan-jalan dan di
lorong-lorong. Saya dapati hati mereka ini penuh dengan kecintaan Iman dan
Islam. Sebenarnya tenaga hebat yang ada pada rakyat ini tidak dipedulikan. Para
pengikut fahaman lucah dan Mulhid (Atheis) tidak akan mampu berhadapan dengan
seorang Muslim sejati. Mereka berjaya menerbitkan majalah dan akhbar kerana
kita telah lalai dan cuai. Mereka ini akan lenyap jika kita semua ada kesedaran
politik."
"Tuan yang saya segani, jika tuan tidak mahu melakukan
sesuatu untuk Allah, maka sekurang-kurangnya lakukan sesuatu untuk dunia tuan.
Berusahalah untuk mendapatkan roti harian tuan. Andainya Islam lenyap dari
rakyat, maka Al-Azhar juga turut lenyap dan para ulamaknya akan terkapai-kapai,
tidak tahu hendak ke mana. Lantaran itu, tuan pun turut tidak mendapat makanan
dan pakaian. Jika tuan tidak dapat mempertahankan Islam, sekurang-kurangnya
berusahalah untuk mempertahankan diri tuan. Berusahalah mendapat keuntungan
duniawi jika tuan tidak ingin berusaha mendapatkan keuntungan di Akhirat. Jika
tidak, tuan akan rugi kedua-duanya sekali. Yakni rugi dunia dan juga Akhirat."
[Dialog petikan Detik-detik hidupku, Imam Hasan Al-Banna,
m/s 85]
Begitulah padu, deras, pedas, tajam, mencucuk. Bagaimana mungkin seorang
remaja belasan tahun bisa mengeluarkan kata- kata sebegitu hebat dihadapan
seorang ulama’ yang cukup terkenal itu. Bukan bermaksud dia tidak menghormati
ulama’ itu, tetapi kerana beliau merasakan betapa pentingnya untuk bertindak
dan melakukan sesuatu, yakni tidak hanya berada di dalam zon selesa.
Diceritakan betapa sebelum itu beliau tidak mampu tidur 15 malam pertama
dibulan ramadhan kerana memikirkan masalah yang melanda ummat islam pada waktu
itu. Dia tidak ingin menangguh kerjanya. Dia tekad, sekiranya dia tangguh usaha dakwahnya pada waktu itu, bagaimanalah nasib ummat islam dimasa akan datang. Say no to procrastination. Eh
Makanya, beliau dan beberapa rakan seperjuangannya yang lain
pun mencari alternatif dengan berjumpa dengan ulama’2 lain dan berbincang strategi
yang bakal digunakan untuk membendung gejala masalah tika itu.
Bincang punya bincang, akhirnya, bermula dari perisitwa itu, bercambahlah usaha
dakwah Imam Hasan Al-Banna bermula dari sekecil-kecil tempat di kedai kopi
sehinggalah mampu menyebarluaskan fikrah Islamiyah ke serata dunia, segala
pujian hanyak layak bagi Allah.
***
Disuatu dimensi masa yang lain pula, waktu itu petang di jordan, dan malam di Malaysia. Ayah dan saya skype. Ahh, tak tergambar perasaan gembira tatkala dapat melihat raut wajah ayah waktu itu. Wajah yang tampan dan kachak bergaiya itu nyata memberi inspirasi yang sangat tinggi pada saya, betapa hidup ini bukan sekadar perlu menjaga tanggungjawab diri sendiri sahaja, tetapi juga tanggungjawab pada manusia yang lain termasuklah ibu bapa kita sendiri.
Dan seperti biasalah, dalam skype ayah akan kasi kata- kata semangat dan pendorong yang saya kira cukup menyentapkan. Adeh
Hari ini kami berbincang mengenai kematian. Ya kematian. Bagaimana kehidupan seharian kita terlalu singkat untuk menangguh nangguhkan kebaikan. Merasakan seolah-olah hidup ini masih milik kita pada hari esok.
Sebagai contoh,
Pernah tak kita merasakan malas untuk segera menuju ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah sedangkan kita pada waktu itu punya waktu free dan tidak terikat dengan apa- apa kerja. Akibatnya, kita terlewat dan menjadi makmum masbu'. Pernah bukan?
Ataupun kita sudahpun bangun apabila azan subuh dilaungkan, tetapi kita buat donno sahaja sambil mengharapkan kawan kita kejutkan. Akibatnya, kesemua housemate bangun pukul 9. Haa, padan muka kau!
Makanya, perlu kita ingat disitu kita rugi kerana peluang untuk solat di saf hadapan dan bangun awal pada waktu subuh itu hanya dibuka pada waktu itu sahaja. Tiada lagi istilah patah balik. Nah, sekiranya kita berbuat demikian seolah-olah kita menangguh- nangguhkan kebaikan dan menolak offer yang diberikan Allah khas buat kita. Sombong sangat kah kita? =(
Jadiknya, suka saya tulis untuk diri saya sendiri agar sentiasa berlumba-lumba dan tidak menangguh- nangguh kerja.
Bersungguhlah, lajukanlah amal, taknak ada tangguh-tangguh lagi, tahu?
Acu mesinggan kat kepala sendiri. Adoii
No comments:
Post a Comment