[kredit] |
-BISMILLAH-
“Salam, sori kacau dah tidoq blom?” Muawizz memulakan
konversasi.
“Wassalam tengah tidoq ni, lena lagi. Ohhoi!”
“Eheh, sori2. Ada apa ya?”
“lorh, saje mesej xleh ke?”
“Untuk hang muawizz, semuaaaaanya boleh. =D”
Selepas itu, kedua-dua henfon sunyi seketika dari sebarang
bunyi dan gegaran.
“Anta apa khabar?” “Anta apa khabar?”
Paaap! Pop flash. Serentak kedua-duanya bertanya. Tidak terlewat
mahupun terawal. Tepat.
“Lahaai, serentak mak kau hehe. Alhamdulillah sehat aja.”
“tula pasal tetibe je boleh serentak. Lol. Ana sehat jugak, Alhamdulillah
XD”
“alhamdulillah, tgh wat pe je tuh?” Muawizz bertanya.
“tgh study, minggu depan nak hekzem ”
“wah wah, manthap kawan aku sorang ni”
“manthap pe nyer, terpaksa kot huhu. Dua paper hari
selasa nnti, tu yg kene struggle tuh”
“oohh yeke? inshaAllah kheir saja, sem lepas anta dpt 4 flat
kan? ”
“okaaay. -_- . apa kaitan sem lepas dengan sem skrg. Semakin
mencabar kot sem nihh”
“haha, ana percaya anta boleh, tak tipu punya. (y). go go
Omar!”
Omar tersenyum sahaja membaca mesej itu. Kemudian dia
menguap, dah ngantuk. Penat mungkin blaja 3 jam non-stop. Kabur dah
pemandangan, terpaksa jihad melawan kemengantukan.
“Omar”
“yer”
“Anta tak ngantuk ke study sampai lewat malam camni? Bukan patut
skrg dah tido ke? hoho”
“Okaaaaaaay, mcm mne anta boleh tahu ni? Ana baru je menguap
lol.”
“laah, kata satu hati satu jiwa?” Muawizz menghantar sambil
tersenyum bangga, tepat prediction nya.
“huhu, tula pasal. ”
“Omar, anta nak tak kalau ana kasi soklan yang boleh buat anta konfem segar?”
Terbuka luas sedikit mata omar, eh? Apahal tetiba nak kasi
soalan plak nih? musykil ni musykil.
“Mestilah nakkkk! Apa dia?” Omar semangat nak tahu.
“Haaaaaaa, tu dah segar kan? Pi sambung blajaq balek. bwek wakaka”
“okay lolololol” Omar tersenyum saja, terkena aku, adeh. =_=”
“Haha, takdelah. Ana cuma terkesan. Dengan sejak dua menjak
ni. Tak tahu lah sibuk apa sangat. Sampai rasa bersalah dah lama tak jumpa nta.
Dalam 4-5 hari jugaklah. Takut bila nta
perlukan ana, ana tak muncul bak supersaiya macho bergaya gituuuh.” Panjang muawizz
mengarang mesej.
“Oh, xde papelah, jasad anta je tak datang jumpa ana,
bayangan anta slalu je datang jumpa. XD”
“Tapi ana rasa bersalah kot”
“InshaAllah kheir saja. Doakanlah ana”
“Tapi ana tak tanya lagi! lol”
“eh, haaha, haah mana nye? anta kata nak tnye ana soklan td”
“Macam ni, ana pernah terfikir. Apa yang akan terjadi kalau perpisahan 'sebenar' tu
menjelma. Perpisahan yang bukan sekadar 4-5 hari, bukan sekadar sebulan dua
atau setahun dua. Tapi perpisahan yang tak akan ada pertemuan lagi. Atau dengan kata lainnya salah seorang daripada kita pergi dulu menghadap ilahi. Dijemput oleh malaikat Izrael. Apa kita
akan rasa eh? Entah. Ana rasa, ana rasa seolah-olah kematian tu sangat dekat. Okay jantung degup
kencang. Tu jelah soklannya. Sekadar persoalan yang ana terfikir buat anta,
akhi terchenta.”
“okaaay. Ni tak nak kasi ana tidur tros ke ape muawizz. adoii"
Omar mengambil nafas, kemudian menyambung taip,
"Hmmh sebab tu lah ana sangat yakin dan berpegang dengan pertemuan kita terakhir di
sorga nanti, supaya jika ditakdirkan salah seorang daripada kita pergi dahulu,
kita yakin bisa bertemu lagi di syurga nanti, berterbangan menikmati nikmat
yang melimpah bersama- sama. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi pengubat luka
kita. hmm”
“Heh, bukan tak nak kasi anta tidoq Omar, cumanya sekadar
peringatan dan persoalan. Agar anta dan ana lebih bersedia. Kita tak tahu detik
itu bila, tapi ianya pasti akan berlaku kan? Hmm, Mudah btol melakar kata kata.
Tapi nak beramal dengannya, sungguh seakan kita insan penuh dosa. Okay nmpk mcm
tetibe je kan. Mungkin perasaan ana je kot hehe. Just terfikir sejak dua menjak
ni.. Tapi nta kan kuat sentiasa. InsyaAllah sentiasa dijaga di bawah bayangan
cintaNya kan?”
“hmm. inshaAllah.” Ringkas Omar membalas.
Mata Omar mulai basah. Perasaan ngantuk tadi hilang serta
merta. Dia tak mampu menahan sebak, tidak pernah dia terbayang untuk berpisah
selama-lamanya dengan rakan baiknya, Muawizz. Namun, tiba- tiba selepas
mendapat mesej ‘mengejut’ tadi, dia mulai terbayang menkafankan muawizz, memandikan
jenazah muawizz, mencium dahinya buat kali terakhir, mengusungnya hingga ke
kubur, dan melihat namanya terukir pada batu nisan. Ahh, kenapa hadir perasaan
ini? Kenapa.
“Huhu, takmao nangis2 Omar. InshaAllah anta kuat. Sesaja
buat muhasabah sebelum nta tidur. Kita tak tahu kan bila lagi dapat buat macam ni.”
“Okaaay. Jgn bg ayat seram sgt muawizz. Ana xnk byg” Omar
takut. Risau benar sekiranya peristiwa itu berlaku.
“Omar, kan ana cakap. Kita kena bersedia. Bukan buat seram.
Kita kan sedang berada dalam sebuah kisah realiti kehidupan. Bukan cerita
khayalan kan. Bukan bermakna ana tak sabar nak mati. Amal pon entah ke mana.
Apatah lagi nak mengira mana satu yang Allah terima. Tapi mati itu memang
sifatnya makin mendekat kan? Sorry Omar kalau spoilkan mood nta…Sekurangnya nak
bawak apa ana rasa”
“Hmm, mmg betul pun apa yg anta ckp tuh. Jarang kita
terfikir. Selama ini hubungan kita asyik diisi dengan keceriaan, senyum riang.
Sesekali muhasabah seperti ini perlu, agar kita lebih bersedia. Jap jap, cuba hulur
tisu kejap =’( ” Kali ini air mata Omar melimpah bercucuran pula. Tak tahanlah
dia.
“ *peluk anta* Sorry eh. Serius. Menghilangkan apa yang ana
sedang fikir. Semoga. Air mata penguat hammasah nta lah insyaAllah.”
“InshaAllah *peluk anta balik*”
“Kesian nta dah menjangkau waktu tidur nta.”
“eh takdelah, okay saja”
“okay lah. Malam yang panjang ye malam ni. Dan maaf salah
silap yang banyak selama ni. Selamat bermuhasabah lagi sekali. Mesti akan
terfikir fikir lagi huhu. Dan nak cakap benda yang dah lama tak terucap. Uhibbukafillah
jiddan! Semoga. Benar benar dan benar sampai syurgaaaa!”
“Ameen ameen inshaAllah muawizz, doakan lah deh.
Assalamualaikum”
“wassalam”
***
Benarlah. semenjak dua ini, rasa kematian itu sangat dekat. Bertubi-tubi menerima berita insan dijemput ilahi.
Dan benarlah. Kematian itu sebaik- baik peringatan.
2 comments:
*tsk tsk. lap pipi*
=D
Post a Comment