Jelez, tak tipu |
Malam itu indah. Nyaman sahaja suhunya lah, tak terlalu
sejuk macam biasa. Dengan bunyi sedikit riuh hon kereta di jalanan, sedikit
sebanyak menghidupkan malam itu agar tidak terlalu sunyi. Terlalu sunyi pun tak
best jugak kan? Ke best? What so everlahkan.
Kemudian ditambah pula dengan baru sahaja selesai 6 paper
untuk first exam semester ni, setelah lebih kurang 2 minggu berjihad atas
kertas mendepani bermacam ragam gaya soalan yang susah nya terrr. Lega,
sikitlah. Sekurang- kurang tak perlu lah lagi fikir banyak sangat perkara
bersangkut paut dengan exam nih. Hati menjadi sedikit lapang, fikiran menjadi
sedikit ceria, tanpa keserabutan yang membelenggu.
Tak cukup dengan itu, malam itu sangat banyak masa free,
tiada program, tiada aktiviti. Bebas sahaja melakukan apa sahaja, asal tidak
langgar peraturanNya lah kan? Bisa sahaja duduk berdua hanya dengan Dia,
merintih mengadu dan berbicara. Ahh, lama sudah tak berbuat demikian. Biasanya
waktu exam ini sahajalah.
Ok pelik nya intro.
Kemudian, tetiba sahaja,
“Ammar, doakan untuk 529 ikhwan Mesir yang dihukum mati.
Semoga dipermudah segala urusannya! =) ”
Satu mesej kat henpon masuk. Eh? Tetiba je. Biaq betiq? Oh
lupa, waktu itu rumah tiada internet, tak tahu apa2, seakan hilang info, mujur
tidak hilang pedoman.
“Seriouslah?” Mesej dibalas, bukannya meragui apa yang
dikatakan olehnya, tambahan dia adalah orang yang tersayang, cuma sekadar inginkan
kepastian lagi, kasi konfem betul2 gituuh.
“Yup, serious Ammar. Dari tengah hari beritanya, jangan lupa
terus lemparkan doanya ya. Kiamat makin dan makin menghampiri. Mati kita tak
tahu macam mana lagi kan? =)”
Ok sedikit padu disitu.
Tertunduk sahaja. Fikiran yang tadi kononnya tenang, kembali
ligat berfikir, serabut. Banyak perkara berjoget merawang- rawang di udara
pemikiran. Waduh, apa nak jadi ni??
Gila, sungguh gila. Itu sahaja yang mampu diucapkan pada
mereka yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Betapa mereka benar2 melampaui batas kemanusiaan tahap menggila. 529! Bukan 5
atau 15! Tak tahu nak kata apa lagi, mereka ini tak tahukah bahawa mereka akan
dihisab di mahkamah Allah nanti? Mereka ini tak tahu kah api itu panas, apatah
lagi api neraka nanti? Mereka tak tahukah dalam Al-Quran disebut berjuta kali
soal dahsyatnya azab Allah buat mereka yang ingkar dan berbuat zalim atas bumi
ini?
Bukannya mereka tak tahu, tahu sahaja. Tapi dek kerana
dibelenggu oleh nafsu yang membara, dikawal oleh kaburan habuan dunia,
dicengkam oleh satu kuasa, mereka menjadi golongan yang melampau, melampaui
batas. Ahh, cukup cukuplah! Berhenti lah menjadi manusia yang tak berguna,
bahkan menyusahkan seantero dunia! Tulisan ini, walau tidak sampai ke
pengetahuan mereka, semoga bisa menjadi modal untuk membidas mereka di hari
perhitungan nanti. Sedih, siapa tak sedih.
Hal ini membuatkan air mata mengalir, hati tunduk pada
serendah- rendah tahap. Terasa begitu lemah, begitu banyak masa yang dihabiskan
untuk perkara sia- sia. Sedangkan ummah sentiasa menanti untuk mengungkit di
akhirat nanti. Pada tadahan tangan, doa dipohon, wujud sejuta harapan. Harapan
agar bisa dikuatkan, meneruskan kehidupan yang semakin lama tampaknya semakin
berliku dan beronak duri. Nyata terasa seolah- olah benar- benar berada
dibawah, baru tahu betapa lemahnya hati.
Selepas itu, masuk lagi mesej;
“Perjuangan itu bukan berhenti bila ramainya pergi menghadap
ilahi, tapi akan lahir berjuta lagi jiwa yang sedia berkorban untuk syurga.
Tika ummat sedang tenat, dimana kita ya sebenarnya? Jom tadabbur (16:96) Semoga
mati dalam tahap iman yang tinggi!”
Allah, tepat sahaja. Seolah wujud satu tangan untuk membantu
mengangkat tubuh yang sudah pun terkulai layu ini. Segera sahaja dibuka Quran
android. Mencari ayat.
“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang
lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami
membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa
yang mereka telah kerjakan.”
[An- Nahl : 96]
Allahuakbar, benar. Sungguh benar tiada syak lagi.
Perjuangan sama sekali tidak akan terhenti. Gerabak ini akan terus dan menerus
sahaja bergerak laju menuju destinasinya. Betapa mereka yang disahkan dikenakan
hukuman mati itu sudah pun diketahui pengakhiran hidupnya
bagaimana(InshaAllah). Yang mana kematian mereka pasti sahaja akan menghidupkan
jutaan hati yang layu dan lemah, menyuburkan kembali semangat yang tampak
semakin pudar hari demi hari. Eh sekejap, siapa bilang mereka akan mati,
sesekali tidak! Bahkan mereka akan berbahagia dengan kehidupan mereka selepas
itu, bebas dan tenang, tunggu masa sahaja untuk menikmati syurga buat selama-
lamanya.
Nikmat, nikmat yang dahsyat. Sehinggakan sekiranya mereka
diberi keizinan untuk kembali hidup di dunia, pasti sahaja mereka akan
mengimpikan untuk syahid dan syahid dan syahid lagi kerana begitu terasa akan
kenikmatannya.
Namun, mereka adalah mereka, dan kita adalah kita. Itulah
pengakhiran mereka. Persoalannya bagaimanakah pula dengan pengakhiran kita.
Adakah kita hanya ingin melihat mereka berbahagia tanpa disusuli tindakan apa-
apa? Pasti tidak mahu bukan.
Sebab itulah dalam ayat itu, kita diseru untuk bersabar.
Jangan salah faham, bukan sekadar sabar dengan karenah kawan, ataupun sabar
bila mintak duit ngan mak tapi mak tak kasik, suruh cari duit sendiri. Tapi
dengan skop yang pastinya lebih besar dari itu.
Bersabar dengan pujukan nafsu yang sentiasa ingin melihat
kita kecundang.
Bersabar dengan perancangan musuh, tidak terlalu melenting
tapi sebaliknya bertindak melakukan sesuatu tanpa sebarang emosi melampau.
Bersabar dengan ujian dan dugaan, agar dapat melatih kita
menjadi manusia yang cekal dan kuat.
Bersabar dalam mengurus dan hati. Betapa hati kita selalu
naik dan selalu turun tahapnya.
Bersabar dengan sunnatullah, belajar untuk memaknai erti
takdir.
Bersabar yang membawa kepada amal yang muntij, tersusun.
Bukan sekadar duduk diam tidak buat apa-apa.
Dan sebagainyalah. Tuntasnya, bersabarlah. Kerana Allah
telah berjanji untuk memberi yang terbaik buat hamba2nya yang bersabar. Bahkan
akan diganjari pahala lebih baik dari tahap kesabarannya. Bukan sekali dua
Allah menyeru kita untuk bersabar kan?
Maka, keep calm dan terus menerus bersabar, kerana pada
sabar itu ada keajaiban. Dan keajaiban itu pasti sahaja akan memenangkan!
2 comments:
Hebat2.... :(
Syukran =D
Post a Comment