[kredit] |
-BISMILLAH-
“Let us goooo, to the mosque..
We praaaaay, together..~”
We praaaaay, together..~”
Terngiang2 lagu itu di benak fikiran aku. Begitulah setiap
pagi sebelum subuh, engkau akan menyanyikan lagu itu. Dari aku kecik sampailah
aku besar, lagu itu sahaja yang dimainkan.
Budak mana yang suka apabila dikejutkan dari bangun tidur.
Aku pun termasuk sekali. Entah kenapa, engkau begitu bersungguh membawa aku dan
adik beradik yang lain ke masjid. Kami kecik lagi kot waktu itu, tapi ada
engkau kesah, engkau tetap juga mahu membawa ke masjid. Dengan sejuk tahap
gabban terpaksalah kami bergerak menuju ke tandas untuk mengambil wudhu’ dengan
berat hati. Aduh, takde belas kasihan langsung.
Aku ingat lagi, engkau ada cerita waktu aku berumur 5 tahun,
aku ada buat hal di masjid, habis kecoh satu masjid, terpaksa engkau menanggung
malu. Huhu, rupanya sudah lama engkau bawak aku ke masjid. 5 tahun. Mungkin
lebih muda. Begitu semangat engkau mendidik, mentarbiyah kami, agar kami
terbiasa.
Diwaktu engkau tiada di rumah, engkau akan menanyakan bermacam-
macam soalan,
“Dah solat belum?”
“Solat kat masjid ke tak ni?”
“Solat Jemaah ke?”
“Siapa jadi imam?”
“Ajak tak adik- adik solat sekali?”
Begitulah. Haa, kalau fail utk salah satu soalan, habeslah
aku kene marah. Nyata, engkau tidak memandang rendah langsung akan hal solat,
hatta engkau tiada di rumah sekalipun!
Lama- kelamaan, aku semakin membesar, dan engkau pun semakin
pergi jauh dalam arena pekerjaan. Engkau terus mencari rezeki di tengah- tengah
lautan sempadan Vietnam sana, menjadi pengurus di pelantar minyak. Hal ini
membuatkan aku jarang dapat berjumpa dengan engkau. Namun, dek kerana didikan
dan tarbiyah yang telah engkau berikan, aku dapat istiqamah pergi ke masjid
membawa adik- adik menaiki motor. Walaupun pada waktu subuh.
Kemudian, engkau beralih pula medan. Engkau pergi pula ke
laut Caspian sana, jauh di pelusuk Negara Turkmenistan. Nyata, ketabahan dan
keberanian engkau menjalani hidup di Negara orang yang sangat ‘rare’ itu
menyebabkan aku semakin kagum dengan engkau. Iyalah, bukan calang- calang orang
mampu untuk mendepani masyarakat yang sudah agak jauh daripada mendapat
kefahaman islam yang sebenar, itulah masyarakat Turkmen. Kata engkau, dorang
ini dahulunya merupakan tonggak kepada zaman kegemilangan islam dibawah tampuk
pimpinan khilafah Abbasiyah. Namun, hasil pelbagai ideology yang mendatang, ke’islam’an
mereka semakin lama semakin terhakis, menjadikan medan engkau lebih mencabar
dari biasa.
Dan banyak pengalaman yang engkau kongsikan kepada aku
mengenai kehidupan kau di tengah- tengah lautan sana yang membuatkan aku begitu
bangga dengan engkau. Engkau disana bukan sekadar bekerja mengerah tenaga bagi
memastikan kami cukup makan sahaja, malahan engkau membawa misi yang lebih
besar daripada itu. Misi da’wah.
Dikala aku disini sedang sebuk ber’dakwah’ di alam maya
sambil baring atas katil empuk, engkau membanting tulang mempertaruhkan nyawa
di tengah2 ratusan saluran gas yang bila2 masa sahaja boleh meletup. Engkau
bukan sekadar bekerja, malahan ‘menyentuh’ hati- hati anak buah engkau, ke arah
memahami erti hidup yang sebenar.
Dikala aku liat untuk bangun menyebarkan kebenaran, engkau
telahpun berdiri di mimbar2, menyampaikan hujah2 islam buat masyarakat di luar
sana, menyebarkan risalah islam hatta ketika majlis mesyuarat. Nyata, keinginan
yang membuak2 untuk melihat islam tersebar menjadikan engkau istiqamah dalam
menyampaikan kebenaran. Aku tidak tahu macam mana semangat engkau bisa selalu berkobar-
kobar, sumpah aku tidak tahu.
Dan sekarang, di tengah- tengah konflik peperangan, engkau
menerima pula tugas untuk bekerja di selatan Sudan. Selepas ini, pastinya akan
ada pelbagai jenis lagi cabaran yang mendatang. Aku mengharapkan agar engkau
terus kuat dan thabat, mengharungi dan mengenali pelbagai jenis lapisan
masyarakat, memberi nilai tambah pada usaha dakwah terhadap mereka. Jangan
lupa, doakan aku disini, agar bisa menjadi hebat seperti engkau, bahkan lebih lagi.
Semoga, pada pertumbuhan umur ini, meningkatkan hammasah dan
memapankan qudwah, duhai engkau bernama Ayah. =D
2 comments:
Sanah Helwa pakcik ! :)
Good joob!
Post a Comment