Pages

Thursday, 6 March 2014

Dakwah Qabla Qudwah. EH

[kredit]
*diskleimer, nama yang digunakan untuk watak dalam cerita tiada kaitan antara hidup dan mati. sekiranya ada, maka itu hanya kebetulan semata. kenyit mata.

-BISMILLAH-

Jari jemari Hafiz laju sahaja menari pada keyboard. Matanya fokus pada setiap bait patah kata yang ditaip . Tetap, tegap, dia duduk atas kerusinya. Sambil ditemani secawan kopi mocha expresso, dia mengambil buku Dakwah Fardiah karangan Mustafa Masyhur sebagai rujukan. Juga buku Bagaimana menyentuh hati karangan Abbas As-sisi sebagai penambah perisa.

Waktu itu sudah pun menunjukkan 11.30 malam, dah dia masih belum tidur lagi. Sebentar tadi dia baru pulang dari liqa(perjumpaan) bersama rakan usrahnya, tidak jauh dari kediamannya.


Dan kini dia pulang ke rumah untuk mengupdate blog. Yup, update blog, seperti kebiasaan harinya. Siapa tak kenal Hafiz, blogger terkenal, terkenal dengan istiqamah dalam menulis dan mengarang kata- kata penyegar semangat, penggugah jiwa. Boleh dikatakan purata dia update post blognya adalah sekali sehari, thorbaek. Ini menyebabkan blognya tak putus2 mendapat kunjungan pelawat seantero dunia. Dan followersnya semakin hari semakin bertambah.

Tak cukup dengan itu, sekiranya ditanyakan pada purata rakyat Malaysia figur mana yang menjadi pilihan antara Hafiz Hamidun, atau Hafiz Awan nano atau hafiz dirinya, pasti sahaja majoriti akan memilihnya. Ewah kau

Ok masuk balik cerita,

Kemudian, hanya selang beberapa minit selepas dia mula menaip pada keyboard laptopnya itu, tiba- tiba sahaja tanpa angin tanpa taufan, kedengaran bunyi notification fb dari speaker laptopnya menandakan ada mesej masuk.

“Salam”

Dahi hafiz sedikit berkerut. Dia memandang sahaja mesej itu.

“waduuh waduuh, kenapalah aku tak off facebook tadi, kan sekarang ada orang dah nak ajak sembang” Terangkat sedikit keningnya.

“Aku dahla nak kena habes taip post ni cepat2 nih” Dia bermonolog. Nyata mesej yang baru masuk itu mengganggu konsentrasinya tika menulis.

Tapi dia teruskan sahaja menaip tanpa menghiraukan si penghantar mesej itu tadi, kononnya tak Nampak lah.

“Hafiz, nak tnye nih” Mesej kedua masuk, dari orang yang sama.

Adehh, harus gimana sih? Dahla nak kene cepat nih, esok kelas pukul 8 kot. Kalau aku layan, memang tak terpost la post terbaru aku ni. Pening kepala aku dibuatnya, geleng hafiz.

Lalu dia mengambil keputusan yang tidak terduga,

“Wassalam, maaf akhi, ana sibuk” Direct, terus. Lantas terus sign out facebooknya, dan meneruskan taip pada keyboardnya.

***

Syakir membawa juniornya huzaifah ke restoran lagi. Kali ini destinasinya adalah restoren mamak berhadapan dengan Mydin Seksyen 18. Nama restoran tu Awwal kalau dia tak silap.

Syakir seorang yang sangat hebat dalam bab memancing2 nih. Walaupun baru setahun belajar teknik memancing ikan, nyata skill dan style dia sudah pun menunjukkan tahap pro. Bravo- bravo. Datangkanlah apa- apa sahaja joran pada dia, nescaya takkan ada seorang pun yang terlepas dari tersangkut pada mata kailnya, eh.

Dan disitu, di restoran yang tak pernah sunyi dengan manusia yang majoritinya merupakan student kolej Cemaradona, dia menarikkan kerusi untuk huzaifah, kemudian mempersilakan huzaifah untuk duduk dahulu, hamboi, dah macam princess Cinderella layanannya. Dan dia pun mengambil tempat duduk berhadapan huzaifah.

Tidak lama selepas itu, datang waiter mengambil pesanan. Diordernya roti nan cheese berkuahkan gulai kambing untuk huzaifah, sementara untuk dirinya hanya roti kosong biasa. Dan pabila huzaifah menanyakan dengan penuh kehairanan mengapa dia tidak order roti nan cheese juga, ini jawapannya,

“tiada apa yang lebih best hatta gulai daging sekalipun, melebihi daripada kegembiraan melihat seorang sahabat menikmati kegembiraan meluangkan masa bersama kita” Hamboiih. Sempat pulak si syakir ni bermadah kata depan Huzaifah ni. Takde duit cakap la takde duit. Ekeke

Kemudian Syakir pun mulalah bercakap2 dan bersembang dengan huzaifah. Banyak perkara yang dikupasnya. Sungguh menarik perhatian huzaifah. Dari sekecil-kecil isu , hinggalah ke sebesar- besar isu.

Huzaifah diajak untuk membuka minda melihat reality umat islam sekarang. Syakir dengan kelebihan lunak suara dek berasal dari negeri Kelantan menggunakan kelebihannya untuk menyentuh hati huzaifah, menerangkan apa sebenarnya yang berlaku pada realiti umat zaman ini. Suasana itu penuh dengan kasih sayang, walaupun sesak dengan ragam manusia yang datang dari pelbagai arah.

Tidak cukup dengan itu, syakir tunjukkan pulak video-video dalam Ipadnya . Pelbagai variasi video ditunjuknya pada huzaifah. Dari video Syria, palestin, Shift your paradigm, hinggalah ke video osem angelpakaigucci, eh. Kesemuanya menarik minat huzaifah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai islam.

Sampailah suatu ketika, tiba2 takde angin takde hujan, datang seorang makcik tua meminta belas ihsan dari Syakir untuk diberikan sedikit wang, sehari dah tak makan katanya.

“Nak, nek nak mintak sikit duit sikit nak”

Dahi Syakir sedikit berkerut. Dia langsung tidak memandang mak cik itu. Konon tak perasan.

 “waduuh waduuh, kenapalah boleh ada pulak makcik kat sini, aku tengah syok pancing ikan nih. Dahla tengah musim ikan melimpah- limpah ni”

“Aku pun satu, kenapalah pegi pilih tempat duduk sini, tak strategik langsung”  Dia bermonolog. Nyata makcik tua yang datang itu mengganggu konsentrasinya .

“Nak, tolong makcik nak” Sekali lagi Makcik itu bersuara. Takut2 kalau tadinya syakir tak dengar.

Waduh waduh, kacau line betullah. Syakir menjadi semakin tidak selesa. Akhirnya, dia mengambil keputusan yang tidak terduga,

“Asif makcik, kat sini bukannya tempat nak mintak makanan free ye. Mintak maaf sangat- sangat”
Fuh, puas.

Dan huzaifah memandang sahaja makcik itu berlalu dengan muka penuh kehampaan.

***


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” 
[Al-Ahzab : 21]


***

Qudwah.



Qabla.



Dakwah.



Tergantung.



Lagi.



 Adeh.





No comments: