Pages

Tuesday, 18 March 2014

Seakan Aku Rasa

[kredit]


-BISMILLAH-

Tuhan seakan aku rasa,
Aku ini adalah hambamu yang tidak berguna,
Hanya mengharapkan kesenangan semata,
Bila dah ‘berjaya’,
Tanpa bersyukur walau sepatah kata,
Namun bila kegagalan menerpa,
Merajuk macam apa,
Gaya anak manja pon ada,
Tak fikir langsung hikmah segala,
Argh, aku ini manusia ke apa?

Tuhan seakan aku rasa,
Aku ini adalah sang pendusta,
Pada janjiku aku lupa,
Betapa seharusnya menjadi sebenar2 hamba,
Betapa sepatutnya mengabdi sepenuh masa,
Namun kealpaan menggamit segala,
Aku terkadang leka,
Seakan lupa matlamat hidup dunia,
Dengan facebook boleh pula tidak lupa,
Aduh, mengapa ini mengapa?


Tuhan seakan aku rasa,
Aku ini  tidak ikhlas dlm bekerja,
Sering merungut sini sana,
Tidak kurang berburuk sangka,
Diuji dicuit sedikit sahaja,
Tapi melatahnya dah macam apa,
Nyata aku belum bersedia,
Mengecapi syurgaNya,
Aku lupa,
Sahabat sanggup berkorban segala,
Hanya tinggal Allah dan rasulnya,
Aku pula,
Wifi tiada, Gelap dunia,
Adoi lerrr.


Tuhan seakan aku rasa,
Aku hanya rasa semata,
Tanpa ada amal berbicara,
Mudah sahaja melakar kata- kata,
Pada keyboard yang serbaguna,
Sedang di medan sebenar aku berdusta,
Seakan aku terlupa,
Surah As- Saff ayat dua dan tiga,
Telahpun merungkai segala,
Akan kebesaran murkaNya,
Buat yg tidak seiring amal dan kata- katanya,
Arh, aku malu tak tahu nak letak muka dimana.


Namun wahai Tuhan,
Aku tahu keampunan engkau lebih besar dari kemurkaan,
Betapa aku mengharapkan,
Engkau berikan aku kekuatan,
Dikala aku kesusahan dan kesempitan,
Engkau permudahkan jalan,
Dikala aku terpinga-pinga dengan puzzle kehidupan,
Kerna aku langsung sahaja punya banyak kelemahan,
Juga kerna aku ini hanya siapa tanpamu tuhan.


No comments: