Aminah bangun dari tidur dalam keadaan sedikit terkejut.
“Allahuakbar, dah 6.00 pagi”
Sudah 15 minit waktu subuh berlalu. Biasanya pada waktu pagi
begini dia akan pastikan anak- anaknya bangun 30 minit sebelum subuh agar dia
dan anak- anaknya bisa bertahajjud dahulu. Tapi hari ini dia terlewat sedikit
untuk bangun.
Dalam keadaan masih ngantuk dan sedikit mamai itu, dia
melihat telefon pintar Sony Xperia miliknya.
“Oh..” Terpapar nama ‘abang’ pada bahagian call log. 8 missed
call daripada suaminya pada jam 4.00 pagi tadi.
“Amboi banyaknyee”
Dia sebelum apa- apa terus sahaja sentuh skrin telefon
pintar nya pada nama suaminya, cuba untuk menghubunginya. Dua kali dia cuba berbuat
demikian, tapi tak dapat. Mungkin tiada line agaknya di tengah- tengah highway,
sangkanya.
Kemudian dia pantas bangun menuju ke bilik air, bersiap-
siap untuk menunaikan tanggungjawab menunaikan solat fardhu subuh. Sesudah itu,
dia pergi menuju ke bilik anak- anaknya untuk kejut mereka bangun.
Pada pagi yang tidak terlalu sejuk itu, cuaca di luar
mendung. Biasanya pada musim kemarau ini agak sukar untuk melihat awan mendung
sebegitu. Tapi dengan izin Allah mereka
dapat juga merasai nikmat itu, kalau ada rezeki, mungkin sahaja hujan akan
turun membasahi bumi yang sudah lama tidak subur disirami rahmatnya itu.
Dalam kenikmatan itu, Aminah dan anak- anaknya solat
berjemaah bersama- sama. Kesemua anak- anaknya berada di rumah (kecuali
Saifuddin lah kan) sebab minggu ini semua anak- anaknya yang duduk asrama
pulang diberi cuti oleh sekolah mereka. Solat mereka diimami oleh Soleh, anak
kedua Aminah.
Usai itu, Aminah kemudiannya conduct bacaan mathurat. Habis
tersengguk anak- anak kecilnya. Iyalah, biasanya waktu hujung minggu begini
budak- budak sukalah untuk tidur lewat. Mana mungkin peluang sebegini bisa
didapati pada hari- hari persekolahan biasa, ohhoi.
Kemudian, tak cukup dengan itu, Aminah ‘seksa’ lagi mereka
dengan beri tazkirah pula. Di pagi cuti ini, memang seronok bagi Aminah
panjangkan masa luangkan waktu bersama anak- anaknya sebab dia tahu kejap lagi
anak- anak mereka pasti sahaja sibuk dengan gajet laptop bagai. Takpun pasti
masa free yang banyak itu akan dihabiskan untuk tidur sepanjang hari. Sebab itu
pasti ada sahaja aktiviti yang dirancang oleh Aminah buat anak- anaknya .
Kadang- kadang dia akan bawa anaknya pergi shopping di tengah
bandar. Bukan shopping sangat sebenarnya, pergi jenguk-jenguk barang macam
itulah, disamping dapat memastikan waktu anak- anaknya tidak dihabiskan dengan
perkara yang tak bermanfaat, dia pun dapatlah tengok sekali tengok beg-beg
kulit ataupun kasut- kasut yang berjenama yang tengah sale. EH
Dia juga suka untuk membawa anaknya pergi mandi kolam, jalan-
jalan tepi pantai dan sebagainya. Apa
sahajalah aktiviti, asalkan mampu mengeratkan lagi hubungan dengan anak-
anaknya.
Dalam ketekunan Aminah menyampaikan tazkirah santai buat
anak- anaknya itu, dia mendapat panggilan telefon. Segera dia mencapai telefon
pintarnya. Besar tertera nama ‘abang’ pada skrin. Dengan penuh keterujaan dia
mengangkat dengan men’slide’ jarinya pada skrin dari kiri ke kanan.
“Haa waalaikumussalam, ye abang apa dia?” Tersenyum sahaja
Aminah. Iya lah, tadi call tak dapat kan.
15 saat kemudian, tiba- tiba Aminah bertukar reaksi.
Gelabah. Muka dia tak terdapat lagi wajah kegembiraan. Air mata keluar perlahan
mengalir ke pipi. Pantas sahaja semua itu berlaku.
“Ya Allahhh.......!” Dia separa menjerit. Kuat jugak
sebenarnya.
Segera dia bangun meninggalkan anak- anaknya dan mencapai
laptop. Dia membuka laman web berita harian, dan dengan reaksi yang begitu
terkejut, dia menangis semahu- mahunya. Walaupun belum sempat membaca
keseluruhan isi berita itu.
...TAPAH: Dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga
kenderaan di KM 320 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini
kira-kira jam 4.00 pagi tadi. Kejadian
berlaku apabila sebuah lori dari arah Tapah menuju Ipoh hilang kawalan lalu
terbabas melintang jalan menyebabkan sebuah Proton Saga dan sebuah lagi lori
yang datang dari arah sama gagal mengelak lalu merempuh lori berkenaan. Mangsa,
Azhar Mustaqim bin Aziz......
Pabila membaca itu, tangisannya semakin menjadi- jadi.
Patutlah dia begitu berat membiarkan suaminya itu pergi menghantar anaknya itu.
Rupa- rupanya ada sesuatu yang dirancang Allah mengatasi segala- galanya. Anak-
anaknya yang lain turut menangisi pemergian ayah dan abang sulung mereka. Pemergian
yang bukan sehari dua, bahkan buat selama- lamanya. Nyata hari itu, hari
kesedihan buat mereka, ujian yang sangat hebat lebih- lebih lagi buat Aminah
yang terpaksa menanggung anak- anaknya keseorangan.
Pantas sahaja dia mengimbau kenangan manis dan pahit bersama
suami dan anak sulungnya itu. Gambar2 mereka ditatap kembali. Siapa sangka
tiada tanda tiada apa, Allah bisa tarik begitu sahaja nyawa mereka. Kini tiada
lagi dapat dia melihat senyuman ceria suaminya, tiada lagi dia mampu mendengar
kata- kata girang anaknya. Yang pasti semua itu hanya tinggal kenangan dan
memori yang takkan pernah dia lupa.
Jauh di lubuk hati Aminah, dia tahu suaminya sedang bahagia
bersama anak sulungnya itu, dan pasti sahaja saat bertemu kembali dengan
suaminya menjadi suatu idamannya hingga ke akhir hayatnya,
“Abang....tunggu saya ya...” Teresak- esak Aminah menangis.
***
Via Whatsapp.
Abang : Nanti cuti hujung minggu ni sai xyah beli tiket
balik ke kolej lah ye, ayah akan bawak kamu.
Kenapa? Abang nak bawak sai ke mana? (sent)
Sai: Haah ayah nak bawak sai ke mana?
Abang : Haa, ayah nak bawak kamu ke..syurga =D =D
Lorh abang ni..(sent)
Sai: heh, ayah, seriouslah?
-Tamat-
2 comments:
Allah ammar...sedih gile..hebat enta mantop..teruslah menulis untuk ummah...;(
mekasih kirr, bercampur baur habis tulis cerita ni. semoga dia tenang sahaja di syurga :'(
Post a Comment