Pages

Sunday 9 March 2014

Doa dan Istighfarlah!

[kredit]


-BISMILLAH-

Hujung minggu ini rakyat Malaysia umumnya menerima 2 berita yang sungguh mengejutkan. Yang bukan sahaja mendapat liputan daripada media di Malaysia malahan di peringkat global.

Pertamanya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. Tetiba sahaja, beberapa hari sebelum penamaan calon untuk PRK Kajang, beliau didapati bersalah. Pelik, kenapa hanya beberapa hari sebelum PilihanRaya? Itu persoalan pertama. Persoalan kedua, bagaimana mungkin untuk dikatakan logic apabila kita memikirkan seorang yang sudahpun berusia 60-an masih punya perasaan terhadap lelaki muda, apatah lagi sehingga ingin meliwat. Astaghfirullah. Mungkin ini lah yang dikatakan fitnah akhir zaman? Agaknya.

Dan keduanya, berita Kapal Terbang MH370 yang dikatakan hilang kerana terputus hubungan sewaktu dalam perjalanan menuju ke china, membawa lebih kurang 200 lebih penumpang yang berasal dari berbagai Negara. Nyata pelbagai spekulasi dibuat oleh pelbagai pihak berkaitan isu ini, yang masih dalam proses pencarian dan kajian.

Dan minggu lepas juga saya kira, banyak sangat menerima berita kematian insan2 yang dikenali mahupun tidak. Sedih, tak cukup 1, bertambah lagi satu. Bertubi- tubi, begitulah istilah layaknya.

Ape apepun, bukanlah saya hendak menghuraikan isu ini, cukuplah saya ingin melontarkan persoalan, agak- agak lah setelah menerima gugusan berita musibah sebegini(termasuk isu Syria, Palestin, Mesir, Central Africa dll), apa yang perlu kita buat?

Berdoa dan beristighfarlah.

Disamping kita berdoa memohon agar segalanya baik- baik sahaja dan Allah berikan kekuatan buat keluarga yang menerima musibah itu, satu perkara yang harus kita ingat, bahawa ini adalah tanda dan petanda bahawa Allah ingin menegur kita, agar kita kembali mendongak ke langit, memohon keampunan yang maha luas itu.

Ambillah peluang ini, agar kita sentiasa menyedari bahwa kita tak pernah dijamin bahawa kita bisa hidup lagi di esok hari, hatta sejam sahaja lagi.

Juga bahawa perjuangan kita masih belum selesai, teruslah memandang ke hadapan, jangan diulit dengan perkara remeh dalam hati kita,

Buanglah segala karat jahiliyah,

Buanglah segala sisa dendam,

Hindarkanlah segala punca kedengkian,

sungguh kita tiada masa,

Untuk melayan perkara- perkara mudah, remeh dan langsung tak bermanfaat.

Ummah. Nyata perlukan kita. 

Yakinlah, kemenangan semakin hampir!

***



"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang."
[As-Saff : 14]


***


P/s: Okay nyata post kali ini berterabur susunannya. Pendek pulak tuh. Mungkin emosi kerap kali diganggu semenjak dua ini. Allahumusta’an. 

#keeprayingandistighfar4MH370andanwareheh




3 comments:

Inspector Saahab said...

waaa. apesal esmosi terganggu tuuu ? o.O

Inspector Saahab said...

ok tadi tak follow up comment. heee :D

Ammar Hanapiah said...

=D nakal inspektor ni