One Day InshaAllah, Ehheh |
-BISMILLAH-
Haritu ada senior dari INTEC pm fb. Dia sembang2 macam tu
la, entah la tak ingat. Pastu tetibe rasa nak stalk fb dia(tak semua stalk ni
jahat, ok?) .Mungkin dah lama x tengok ‘gambar’ dia kot, makanya nak tengoklah
apa dia perkembangan dia itu dan ini.
Stalk punya stalk, tetibe sahaja nampak gambar ni
.
.
.
MashaAllah, serious nak nanges tengok gambar ni. Walau hanya
sekeping, cukup untuk mengembalikan nostalgia gamitan memori disana waktu itu.
Takdelah betul2 nak nanges, cumanya nak cerita, gambar ni memberi kesan yang
sangat besar pada saya melihatkan kepada dimana saya berada sekarang.
Jujur, sekiranya ditanyakan pada saya, momen apa yang paling
indah sepanjang hidup, saya berani kata kehidupan di Intec merupakan salah satu
daripadanya. Walaupun dahulunya rasa macam tak sabar betul nak keluar dari
‘penjara’ Intec lantaran terlalu sibuk dengan kelas dari pagi sampai petangnya,
tambahan assignment bertimbun2 lagi (macam tak nak kasi orang tidur pon ade! ok
emo sedikit disitu. Keh), memang panas kaki nak keluar secepat mungkin.
Namun orang kata, suatu perkara yang kita tak suka sekarang,
boleh jadi ianya akan dirindui dan dikenang suatu masa nanti. Dan ianya benar2
berlaku pada diri saya. Sampai sekarang, saya pasti sahaja akan
terngiang-ngiang suasana kehidupan disana, walau hanya selama 3 bulan disana,
ya, suatu tempoh yang tidak lama pon sebenarnya.
Dengan Ole-olenya, Masjid yang sentiasa ‘hidup’ dengan
pelbagai program rohani, beli makanan bukak puasa dekat bazar ramadhan sebelah
kolej je, Mydin, Giant, lawatan ke serata Kl, pergi jalan2 ke Midvalley, Sogo,
Restoran Mamak yang melimpah di sekitar kolej, kedai fotostat dan sebagainya . Senang
cerita memang banyaklah. Gituuh.
Okay, berbalik kepada gambar di atas tadi, itu adalah saat
saya bersama senior2 keluar bermain bola dengan game ape ntah. Waktu itu
merupakan hujung minggu, jadinya ramailah kawan- kawan sebatch yang balik, tinggallah
saya dan beberapa sahaja yang tinggal. Dan pagi itu, mereka si senior2 ni buatlah
aktiviti riadah dan game untuk merapatkan ukhuwwah gituuh.
Dan waktu itu kami bebudak yang baru masuk Intec ni baru je
beberapa minggu kat sana, maka dengan aktiviti itu dapatlah kami kenal senior2
kami. Dan sejak itu juga, hubungan kami semakin rapat…
***
“Ammar, malam ni free tak?”
“Eh? Tgh ade kelas ni, jap lagi ana reply”
“Lol, tu reply tu, boleh plak -_-”
“Hahah, ana free je kot”
“Ingatkan nak ajak pergi makan2 kejap kat luar”
***
“Ammar, jom turun main bola tampar?”
“Eh? Takde angin takde ribut kenapa ni”
“Takdelah, jomlah, tak tengok lagi kan ana main bola tampar?
kan?”
“Err, ok2. Tapi last time ana main masa form 3 dulu lah, dah
berkarat kot skill(ok bajet, sikit)”
“Hahah, okay saja. Main suka suka je”
***
“Malam ni ada ceramah dekat surau masjid kat seksyen XX, nak
join sekali?”
“Oh boleh2, pergi naik apa?”
“Naik kereta kawan. Malam ni Ustaz Nazmi bagi ceramah. Kenal
kan Ustaz Nazmi?”
Errr. Macam pernah dengar. (bajet)
“Ni haa, tengok page dia” *sambil tunjuk Ipad page Ustaz
Nazmi.
“Ooohh”
***
“Jom ikut sekali qiam kat rumah Akh XYZ kat seksyen XX”
“Erkk, jap eh. Nak ajak kawan ana sekali, boleh?”
“Eheh, boleh saja”
*Beberapa ketika kemudian..
“Ehm, sorilah ana dah ajak kawan ana dtg join qiam tu skali.
Tp dorang macam tak nak.. Ana segan lah nak datang sorang. Ana sorang junior
kot”
“Alolo, muktamad? hehe. Nak segan ape je?”
“Muktamad lah jugak. Segan lah nak berdepan dengan Qawiyyun
macam korang”
“Lorh, kitaorang baru je plan nak berkenalan ngan anta, tak
menyesal ni?”
“Hehe, no komen. Asif ye”
“Haha, ok ok. Gurau jek. Chill. If tetibe ubah fikiran gtau
ek? =D hehe”
“Ok2 inshaAllah”
*Beberapa ketika kemudian lagi..
“Eh ana nak join lah qiam malam ni, kumpul katne?”
***
“Malam ni pergi Masjid Negeri jom?”
“Jom!”
“Nanti bila nak bergerak ana call, dalam kol 12 macam tuh.
Kita qiam sekali kat sana tau?”
***
“Malam ni ade talk Dr Hafizi kat seksyen XX, jom”
“Err, ana penat sikitlah baru habis program ni. Tapi ok je
kot”
“Ohh yeke, takpelah kalau macam tu tak payah pon takpe”
“Er, Dr Hafizi bagi Talk pasal apa?”
“Mesir : Pasca Kudeta”
“Wah2, ok2 ana pergi inshaAllah”
***
“Jom Breakfast?”
“Boleh je, kat mana?”
“Awwal, tahu?”
“Oh k”
***
“Kita bukak puasa kat Ole- ole tau?”
“Ok”
***
“Anta ok ke?”
“Ntahlah, rasa macam down je kat sini, banyak sangat
masalah, dengan kerja bertimbun lagi”
“Apa yang busy sangat tuh?”
“Ntahlah, banyak sangat mende nak kene fikirkan, banyak
sangat mende tak settel lagi. Hmm”
“Err, dalam medan ni, sepatutnya mende semua tu tak boleh
jadi alasan untuk kita lambat dalam bergerak”
“Hmm”
“InshaAllah anta kuat kat sini”
“..”
***
“Dah prepare ke barang ke Jordan?”
“Hmm, entah haha. InshaAllah dah la kot”
“Awalnya kemas barang huhu, Apa perasaannya?”
“Perasaan, Semangat boh!”
***
Begitulah sedikit sebanyak antara yang boleh saya kongsikan kehidupan
bersama senior di Intec. Cukuplah itu sahaja. Kang ada yang menangis rindu
kang..Tetibe je kaan.
Makanya, semoga kalian disana sehat2 sahaja. Doakan moga
bisa diketemukan lagi, kalau tidak di Kolej Cemara, di Kolej Akasia. Ehhehhhh?! I
mean, kalau tak di dunia, di sorga sana nanti InshaAllah =D
5 comments:
SALAM ,
wah ni gambar bile nie menarik nie ?
kat mana nie ..
Wassalam, ni kat padang sebelah kolej cemara. Riadhah pagi gituuh
Rindu lettew
Isyraf : Sentiasa =D
wah wah. dalam hati ada taman bunga gak eh. eh eh.
8)
Post a Comment