Pages

Thursday 6 March 2014

Semoga. Bukan Mesej Terakhir.

[kredit]


-BISMILLAH-

“Salam, sori kacau dah tidoq blom?” Muawizz memulakan konversasi.


“Wassalam tengah tidoq ni, lena lagi. Ohhoi!”


“-_-”


“Eheh, sori2. Ada apa ya?”


“lorh, saje mesej xleh ke?”


“Untuk hang muawizz, semuaaaaanya boleh. =D”


Selepas itu, kedua-dua henfon sunyi seketika dari sebarang bunyi dan gegaran.


“Anta apa khabar?”    “Anta apa khabar?”


Paaap! Pop flash. Serentak kedua-duanya bertanya. Tidak terlewat mahupun terawal. Tepat.


“Lahaai, serentak mak kau hehe. Alhamdulillah sehat aja.”


“tula pasal tetibe je boleh serentak. Lol. Ana sehat jugak, Alhamdulillah XD”


“alhamdulillah, tgh wat pe je tuh?” Muawizz bertanya.


“tgh study, minggu depan nak hekzem ”


“wah wah, manthap kawan aku sorang ni”


“manthap pe nyer, terpaksa kot huhu. Dua paper hari selasa nnti, tu yg kene struggle tuh”


“oohh yeke? inshaAllah kheir saja, sem lepas anta dpt 4 flat kan? ”


“okaaay. -_- . apa kaitan sem lepas dengan sem skrg. Semakin mencabar kot sem nihh”


“haha, ana percaya anta boleh, tak tipu punya. (y). go go Omar!”


Omar tersenyum sahaja membaca mesej itu. Kemudian dia menguap, dah ngantuk. Penat mungkin blaja 3 jam non-stop. Kabur dah pemandangan, terpaksa jihad melawan kemengantukan.


“Omar”


“yer”


“Anta tak ngantuk ke study sampai lewat malam camni? Bukan patut skrg dah tido ke? hoho”


“Okaaaaaaay, mcm mne anta boleh tahu ni? Ana baru je menguap lol.”

“laah, kata satu hati satu jiwa?” Muawizz menghantar sambil tersenyum bangga, tepat prediction nya.


“huhu, tula pasal. ”


“Omar, anta nak tak kalau ana kasi soklan yang boleh buat anta konfem segar?”


Terbuka luas sedikit mata omar, eh? Apahal tetiba nak kasi soalan plak nih? musykil ni musykil.


“Mestilah nakkkk! Apa dia?” Omar semangat nak tahu.


“Haaaaaaa, tu dah segar kan? Pi sambung blajaq balek. bwek wakaka”


“okay lolololol” Omar tersenyum saja, terkena aku, adeh. =_=”


“Haha, takdelah. Ana cuma terkesan. Dengan sejak dua menjak ni. Tak tahu lah sibuk apa sangat. Sampai rasa bersalah dah lama tak jumpa nta. Dalam 4-5 hari jugaklah.  Takut bila nta perlukan ana, ana tak muncul bak supersaiya macho bergaya gituuuh.” Panjang muawizz mengarang mesej.


“Oh, xde papelah, jasad anta je tak datang jumpa ana, bayangan anta slalu je datang jumpa. XD”


“Tapi ana rasa bersalah kot”


“InshaAllah kheir saja. Doakanlah ana”


“Tapi ana tak tanya lagi! lol”


“eh, haaha, haah mana nye? anta kata nak tnye ana soklan td”


“Macam ni, ana pernah terfikir. Apa yang akan terjadi kalau perpisahan 'sebenar' tu menjelma. Perpisahan yang bukan sekadar 4-5 hari, bukan sekadar sebulan dua atau setahun dua. Tapi perpisahan yang tak akan ada pertemuan lagi. Atau dengan kata lainnya salah seorang daripada kita pergi dulu menghadap ilahi. Dijemput oleh malaikat Izrael. Apa kita akan rasa eh? Entah. Ana rasa, ana rasa seolah-olah  kematian tu sangat dekat. Okay jantung degup kencang. Tu jelah soklannya. Sekadar persoalan yang ana terfikir buat anta, akhi terchenta.”


“okaaay. Ni tak nak kasi ana tidur tros ke ape muawizz. adoii" 


Omar mengambil nafas, kemudian menyambung taip,


"Hmmh sebab tu lah ana sangat yakin dan berpegang dengan pertemuan kita terakhir di sorga nanti, supaya jika ditakdirkan salah seorang daripada kita pergi dahulu, kita yakin bisa bertemu lagi di syurga nanti, berterbangan menikmati nikmat yang melimpah bersama- sama. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi pengubat luka kita. hmm”


“Heh, bukan tak nak kasi anta tidoq Omar, cumanya sekadar peringatan dan persoalan. Agar anta dan ana lebih bersedia. Kita tak tahu detik itu bila, tapi ianya pasti akan berlaku kan? Hmm, Mudah btol melakar kata kata. Tapi nak beramal dengannya, sungguh seakan kita insan penuh dosa. Okay nmpk mcm tetibe je kan. Mungkin perasaan ana je kot hehe. Just terfikir sejak dua menjak ni.. Tapi nta kan kuat sentiasa. InsyaAllah sentiasa dijaga di bawah bayangan cintaNya kan?”


“hmm. inshaAllah.” Ringkas Omar membalas.


Mata Omar mulai basah. Perasaan ngantuk tadi hilang serta merta. Dia tak mampu menahan sebak, tidak pernah dia terbayang untuk berpisah selama-lamanya dengan rakan baiknya, Muawizz. Namun, tiba- tiba selepas mendapat mesej ‘mengejut’ tadi, dia mulai terbayang menkafankan muawizz, memandikan jenazah muawizz, mencium dahinya buat kali terakhir, mengusungnya hingga ke kubur, dan melihat namanya terukir pada batu nisan. Ahh, kenapa hadir perasaan ini? Kenapa.


“Huhu, takmao nangis2 Omar. InshaAllah anta kuat. Sesaja buat muhasabah sebelum nta tidur. Kita tak tahu kan bila lagi dapat buat macam ni.”


“Okaaay. Jgn bg ayat seram sgt muawizz. Ana xnk byg” Omar takut. Risau benar sekiranya peristiwa itu berlaku.


“Omar, kan ana cakap. Kita kena bersedia. Bukan buat seram. Kita kan sedang berada dalam sebuah kisah realiti kehidupan. Bukan cerita khayalan kan. Bukan bermakna ana tak sabar nak mati. Amal pon entah ke mana. Apatah lagi nak mengira mana satu yang Allah terima. Tapi mati itu memang sifatnya makin mendekat kan? Sorry Omar kalau spoilkan mood nta…Sekurangnya nak bawak apa ana rasa”


“Hmm, mmg betul pun apa yg anta ckp tuh. Jarang kita terfikir. Selama ini hubungan kita asyik diisi dengan keceriaan, senyum riang. Sesekali muhasabah seperti ini perlu, agar kita lebih bersedia. Jap jap, cuba hulur tisu kejap =’( ” Kali ini air mata Omar melimpah bercucuran pula. Tak tahanlah dia.


“ *peluk anta* Sorry eh. Serius. Menghilangkan apa yang ana sedang fikir. Semoga. Air mata penguat hammasah nta lah insyaAllah.”


“InshaAllah *peluk anta balik*”


“Kesian nta dah menjangkau waktu tidur nta.”


“eh takdelah, okay saja”


“okay lah. Malam yang panjang ye malam ni. Dan maaf salah silap yang banyak selama ni. Selamat bermuhasabah lagi sekali. Mesti akan terfikir fikir lagi huhu. Dan nak cakap benda yang dah lama tak terucap. Uhibbukafillah jiddan! Semoga. Benar benar dan benar sampai syurgaaaa!”


“Ameen ameen inshaAllah muawizz, doakan lah deh. Assalamualaikum”


“wassalam”


***


Benarlah. semenjak dua ini, rasa kematian itu sangat dekat. Bertubi-tubi menerima berita insan dijemput ilahi. 

Dan benarlah. Kematian itu sebaik- baik peringatan.






2 comments:

Anonymous said...

*tsk tsk. lap pipi*

Ammar Hanapiah said...

=D