Pages

Sunday 16 March 2014

Sepucuk Surat buat Engkau

[kredit]


-BISMILLAH-

“Let us goooo, to the mosque..

We praaaaay, together..~”

Terngiang2 lagu itu di benak fikiran aku. Begitulah setiap pagi sebelum subuh, engkau akan menyanyikan lagu itu. Dari aku kecik sampailah aku besar, lagu itu sahaja yang dimainkan.


Budak mana yang suka apabila dikejutkan dari bangun tidur. Aku pun termasuk sekali. Entah kenapa, engkau begitu bersungguh membawa aku dan adik beradik yang lain ke masjid. Kami kecik lagi kot waktu itu, tapi ada engkau kesah, engkau tetap juga mahu membawa ke masjid. Dengan sejuk tahap gabban terpaksalah kami bergerak menuju ke tandas untuk mengambil wudhu’ dengan berat hati. Aduh, takde belas kasihan langsung.

Aku ingat lagi, engkau ada cerita waktu aku berumur 5 tahun, aku ada buat hal di masjid, habis kecoh satu masjid, terpaksa engkau menanggung malu. Huhu, rupanya sudah lama engkau bawak aku ke masjid. 5 tahun. Mungkin lebih muda. Begitu semangat engkau mendidik, mentarbiyah kami, agar kami terbiasa.

Diwaktu engkau tiada di rumah, engkau akan menanyakan bermacam- macam soalan,

“Dah solat belum?”

“Solat kat masjid ke tak ni?”

“Solat Jemaah ke?”

“Siapa jadi imam?”

“Ajak tak adik- adik solat sekali?”

Begitulah. Haa, kalau fail utk salah satu soalan, habeslah aku kene marah. Nyata, engkau tidak memandang rendah langsung akan hal solat, hatta engkau tiada di rumah sekalipun!

Lama- kelamaan, aku semakin membesar, dan engkau pun semakin pergi jauh dalam arena pekerjaan. Engkau terus mencari rezeki di tengah- tengah lautan sempadan Vietnam sana, menjadi pengurus di pelantar minyak. Hal ini membuatkan aku jarang dapat berjumpa dengan engkau. Namun, dek kerana didikan dan tarbiyah yang telah engkau berikan, aku dapat istiqamah pergi ke masjid membawa adik- adik menaiki motor. Walaupun pada waktu subuh.

Kemudian, engkau beralih pula medan. Engkau pergi pula ke laut Caspian sana, jauh di pelusuk Negara Turkmenistan. Nyata, ketabahan dan keberanian engkau menjalani hidup di Negara orang yang sangat ‘rare’ itu menyebabkan aku semakin kagum dengan engkau. Iyalah, bukan calang- calang orang mampu untuk mendepani masyarakat yang sudah agak jauh daripada mendapat kefahaman islam yang sebenar, itulah masyarakat Turkmen. Kata engkau, dorang ini dahulunya merupakan tonggak kepada zaman kegemilangan islam dibawah tampuk pimpinan khilafah Abbasiyah. Namun, hasil pelbagai ideology yang mendatang, ke’islam’an mereka semakin lama semakin terhakis, menjadikan medan engkau lebih mencabar dari biasa.

Dan banyak pengalaman yang engkau kongsikan kepada aku mengenai kehidupan kau di tengah- tengah lautan sana yang membuatkan aku begitu bangga dengan engkau. Engkau disana bukan sekadar bekerja mengerah tenaga bagi memastikan kami cukup makan sahaja, malahan engkau membawa misi yang lebih besar daripada itu. Misi da’wah.

Dikala aku disini sedang sebuk ber’dakwah’ di alam maya sambil baring atas katil empuk, engkau membanting tulang mempertaruhkan nyawa di tengah2 ratusan saluran gas yang bila2 masa sahaja boleh meletup. Engkau bukan sekadar bekerja, malahan ‘menyentuh’ hati- hati anak buah engkau, ke arah memahami erti hidup yang sebenar.

Dikala aku liat untuk bangun menyebarkan kebenaran, engkau telahpun berdiri di mimbar2, menyampaikan hujah2 islam buat masyarakat di luar sana, menyebarkan risalah islam hatta ketika majlis mesyuarat. Nyata, keinginan yang membuak2 untuk melihat islam tersebar menjadikan engkau istiqamah dalam menyampaikan kebenaran. Aku tidak tahu macam mana semangat engkau bisa selalu berkobar- kobar, sumpah aku tidak tahu.

Dan sekarang, di tengah- tengah konflik peperangan, engkau menerima pula tugas untuk bekerja di selatan Sudan. Selepas ini, pastinya akan ada pelbagai jenis lagi cabaran yang mendatang. Aku mengharapkan agar engkau terus kuat dan thabat, mengharungi dan mengenali pelbagai jenis lapisan masyarakat, memberi nilai tambah pada usaha dakwah terhadap mereka. Jangan lupa, doakan aku disini, agar bisa menjadi hebat seperti engkau, bahkan lebih lagi.

Semoga, pada pertumbuhan umur ini, meningkatkan hammasah dan memapankan qudwah, duhai engkau bernama Ayah. =D



2 comments:

Anonymous said...

Sanah Helwa pakcik ! :)

Anonymous said...

Good joob!