Pages

Sunday 2 March 2014

Instwibook :3

[kredit]


-BISMILLAH-

Raiyan menutup kemas pintu biliknya. Dia baru sahaja naik tangga dari tingkat bawah setelah usai breakfast sandwich buatan sendirinya. Dia terus meluru ke laptop nya, Macbook Pro yang berada di hujung sudut kanan biliknya.

Hari ini merupakan cuti hujung minggu. Ibu bapanya tiada. Ada daurah kalau dia tak silap.

Dan seperti biasalah dia akan menghabiskan masa dihadapan laptop. Dia tak suka tidur lepas subuh, tak tahu kenapa. Lain benar dengan sikap adik beradiknya yang lain, pantang pabila hujung minggu tiba, pasti sahaja akan menghabiskan masa di katil sahaja, berdengkur sepanjang hari.


Raiyan switch on laptop nya. Menggunakan mousenya, dia mencari icon Google Chrome. Tanpa berfikir panjang, terus sahaja dia tekan 2 kali(baca: double-click) pada ikon itu. Kemudian dia menaip huruf F pada ruangan ‘search’ . Terus sahaja keluar pilihan untuk pergi ke link-link berkaitan, dan dia memilih Facebook.

Pagi ini notification fb nya penuh. Mungkin sebab hujung minggu kot maka rakan- rakannya rancak mengambil peluang ini untuk menggunakan facebook memandangkan waktu hari sekolah nak fokus belajar. Ececeh konon.

Makanya bermulalah aktiviti insan yang bernama Raiyan, menscroll news feed facebooknya. Dengan khusyu’ dia membaca satu persatu status rakan- rakannya, lalu menghadiahkan ‘like’ buat status yang dirasakannya menarik. Tidak kurang di turut berkongsi(baca: share) status2 daebak pada timelinenya.

Penuh dengan reaksi muncul pada wajahnya. Terkadang dia tergelak sorang2. Terkadang berkerut dahi dibuatnya, tak boleh blah. Tidak kurang juga adakalanya dia langsung tidak menunjuk reaksi muka, tak faham mungkin dengan apa yang ingin disampaikan oleh penulis status. Lol

Dan bukan setakat status sahaja yang dilihatnya, dia juga ada menonton video2 yang rakan- rakan dan page2 post. Menarik, sungguh menarik.

Lama juga dia disitu, dihadapan Macbook Pro nya itu. Lebih kurang 2 jam jugakla dia duk megadap screen laptopnya. Iyalah, waktu antara subuh dengan zuhur kan panjang.

Akhirnya sampai suatu masa, setelah habis dia menscroll update2 pada newsfeed nya, dia mula berasa bosan. Yela sapa tak rasa bosan kan baca status dan komen yang sama kat newsfeed kan?

Maka dia pun tekan button home, refresh status2 yang ada. Hampa, status tetap sama, kesemuanya sudah dia baca. Dia tekan sekali lagi, mengharapkan ada orang bisa mengeluarkan status2 menarik. Dan sekali lagi dia hampa, tiada. Kalau ada pun satu dua status sahaja.

“Bosan weiyh” Dia mengeluh.

“nak buat apa ni? Adoii…..”

“Hmm, ahah!” Seakan- akan ada mentol muncul disebelah kepalanya, dia mendapat idea.

Dia pun mengambil keputusan untuk stalk gamba2 rakan- rakannya. Yup, stalk gamba. Hooyeah! Kenapa lah dia tak terfikir awal- awal lagi, kalau tak takde la dia berasa bosan sebegini. Maka satu persatu gambar rakan- rakannya dilihatnya. Bermacam kisah dan coretan erti persahabatan didapatinya. Nyata gambar2 itu benar- benar menggamit memori, mengimbau kenangan.

Bermula dari zamannya sekolah rendah hingga ke zaman sekarang, zaman sekolah menengah, dia dapat melihat pelbagai cerita disebalik gambar2 itu. Dari zaman rambutnya yang agak skema sehinggalah zaman rambutnya tak ubah seperti rambut milik Aaron Aziz. Nyata dia cukup untung pabila rumahnya menggunakan unifi, laju sahaja satu persatu gambar loading.

Namun demikian, sampai suatu ketika, dia mulai rasa jemu. Dia tak tahu kenapa, mungkin sebab sudah terlalu lama ataupun gambar2 itu sudahpun dia lihat suatu ketika dahulu, dia benar- benar tidak tahu.

“Alamak..macam mana boleh rasa bosan plak nih” Sekali lagi dia mengeluh

“Nak buat apa lagi ni? Adoii…..” dia benar- benar buntu.

“Hmm, ahah!” Sekali lagi seakan- akan ada mentol muncul disebelah kepalanya, dia mendapat idea. Kali ini mentol itu mengeluarkan cahaya yang lebih kuat. Eh

Dia pun mengambil keputusan untuk bukak akaun twitter miliknya. Yup, akaun twitter. Lagi sekali dia baru tersedar macam mana lah dia boleh plak tak terfikir untuk bukak twitter. Mungkin sebab dia tak terlalu aktif kat twitter kot. Rakan2 yang dia follow kat twitter pun sangat sikit kalau nak dibandingkan dengan Facebook. Tapi dia kisah apa, asalkan dapat tengok perkembangan semasa rakan- rakannya. Jjjyearrghh! Tibe

Dia pun scroll mousenya sambil membaca status2 rakannya. Sesekali dia retweet status yang dirasakan menarik.

Namun belumpun sampai 20 minit dia membuka akaun twitter, dia sudah berasa bosan. Pergh, dia kira inilah rekod tempoh masa yang paling sekejap untuk dia berasa bosan bila buat sesuatu melibatkan internet, 20 minit kot! Dan dia tak tahu kenapa.

“Adoiii..” beberapa kali dia memegang kepalanya menandakan stress. Stress sebab bosan ohhoi!

Makanya dia pun berfikir seligat-ligatnya, apa nak buat, apa nak buat?!

“Hmm, ahah!” Sekali lagi seakan- akan ada mentol muncul disebelah kepalanya, dia mendapat idea. Tapi kali ini lampunya menyala sekejap sahaja, kemudian terpadam, terbakar mungkin. Ok merepek

Dia memutuskan untuk membuat akaun Instagram. Lama sudah dia nak buat jugak macam orang lain buat, tapi disebabkan kekangan beberapa perkara, dia menangguh hajatnya itu. Kali ini, dia kira sudah tiba masanya untuk dia membuat akaun insta, kalau orang boleh buat, kenapa aku tidak? Fikirnya. Kaitan

Maka dia pon buatla akaun Instagram. Mula2 dia macam excited jugaklah bila tengok mende2 baru yang first time dia tengok yang takde kat facebook dan twitter. Dia mencari rakan- rakannya untuk difollownya kat insta. Sempat lagi dia update status kat fb suruh orang lain follow back dia kat insta.

“Salam guys, harini aku dah buat akaun insta, follow ya! Semangat boh!”

Begitulah, begitulah dan begitulah seterusnya. Tamat.


***


Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari.
[Yunus : 45]


(Ingatlah akan) hari Dia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar.
[Al- Isra’ : 52]


Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
[Al-Mukminu : 114]



Tergantung. Kan? eheh



4 comments:

Inspector Saahab said...

Terkena. Adeh

Anonymous said...

Apa moral of the story? Heh

Ammar Hanapiah said...

Anonymous, moral nya kene tadabbur sendiri. heh

Hamba Allah said...

Moralnya.. Sedarlah kita hidup nih Bukannya sekadar bermain fb/twitter/insta tapi ada tujuan yang lebih besar kita diciptan. Wallahua'alam.. Sori x sehebat saudara ammar.. Segana ana dengan enta.. :)